7 Buah Sekolah Di Kedah Pula Diarah Tutup Akibat Covid-19 | Kluster dalam sektor pendidikan menjadi semakin runcing selepas dilaporkan tujuh buah sekolah di Kedah puka telah diarahkan untuk tutup selepas berlakunya penularan wabak covid-19 dalam kalangan pelajar serta guru di sini, baru-baru ini.

7 Buah Sekolah Di Kedah Pula Diarah Tutup

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad menerusi Sinar Harian, terdapat beberapa sekolah di sekitar Kedah telah diarahkan tutup antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, Sekolah JenisKebangsaan (SJK) Cina Pumpong dan SK Dato Wan Mohd Saman di daerah Kota Setar manakala, SK Dato Wan Kemara bagi daerah Kubang Pasu serta daerah lainnya iaitu SK Hj Rahman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas bagi daerah Pendang serta SK Junjong di Kulim.

Pertambahan melibatkan tujuh buah sekolah ini sekaligus menambahkan jumlah sekolah yang perlu ditutup kepada 10 buah bagi negeri Kedah, tambah beliau lagi. Para pelajar di sekolah berkenaan telah diminta untuk menjalankan kuarantin di rumah masing-masing serta dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Keputusan tersebut diambil kira bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Negeri Kedah di bilik-bilik darjah serta kawasan sekolah terbabit.

Beberapa buah sekolah telah diarahkan tutup selepas didapati mempunyai kes positif dalam kalangan warga sekolah iaitu seperti SMK Agama Kedah di Kota Setar, SMK Baling serta Maktab Mahmud Baling.

Sumber: Sinar HarianĀ 

Share.

Leave A Reply