Nice Try, Scammer | Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca IIUMC sekalian, harapnya semua berada dalam keadaan sihat-sihat belaka. Aku Ain (bukan nama sebenar), berumur awal 20-an dan masih belajar di sebuah IPT. Hari ini aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku hampir kena scam.
Sebelum tu, aku nak minta maaf dulu sebab aku punya sk1ll mengarang dah
ke laut. Harapnya semua boleh faham la apa-apa yang aku nak cerita ni.
Amaran, cerita ni agak panjang untuk memastikan flow tak mengelirukan.
Minggu lepas, aku dapat follow request di Instagram dari seorang lelaki.
Aku namakan dia FM. Aku ni pun dah memang single sejak lahir, approve la
lepas tengok gambar profile dia tu macam handsome la jugak. Lepas
approve, aku tak follow dia balik pun. Akaun dia private ya.
Beberapa minit kemudian, dia direct message (DM) aku. Tanya aku itu ini
(ala benda basic la macam orang nak berkenalan tu). Dia cakap dia ni
Singaporean, tapi kerja di Scotland as a construction manager.
Lepas beberapa hari kitaorang mesej-mesej tu, dia minta la no Whatsapp
aku sebab dia selalu balas lambat kat Instagram. Aku pun bagi lah. Masa
ni tak ada niat buruk apa-apa sebab dia macam baik saja tau.
Kemudian, kami pun sambung berborak di Whatsapp. Dia selalu la ucap
morning, tengah buat apa tu, dah makan belum dan ucapan-ucapan
seangkatan dengan itu yang membuatkan orang single macam aku ni rasa
macam wah caring jugak mamat ni.
20 Julai 2020
Ok, harini tiba-tiba dia cakap yang syarikat dia ada projek di Malaysia.
Jadi dia akan datang Malaysia lagi 3 minggu. Sebelum ke Malaysia, dia
akan ke Rusia dahulu selepas tu terus ke Malaysia. Lepas tu dia cakap,
“I really wish to meet you as soon as I arrive”.
Aku pun dah pelik dah, eh bukan kena kuarantin dulu ke kan. Aku tanya
dia, dia kata dia ada health certificate, tapi kalau kena kuarantin dia
okay je. Ok lantak la pasal tu.
21 Julai 2020
Malam tu lepas aku solat Maghrib dia mesej aku, dia hantar info booking
flight dia dari Rusia ke London kemudian dari London ke Kuala Lumpur.
Dia akan sampai KL pada 22/8/2020.
Dia kata dia baru balik dari shopping beli barang-barang untuk dia
travel nanti dan dia ada belikan sesuatu untuk aku. “It’s a gift”, katanya.
Dia cakap dia nak hantar “gift” aku tu dengan baju-baju dia ke Malaysia
sekarang, jadi dia mintak la alamat rumah aku.
Aku pun panik la sekejap, nanti barang dia sampai mamp*s aku nak jawab
apa dengan mak aku. Aku beli knitted sweatshirt sehelai RM18 pun dia dah
marah-marah tambah la kalau tiba-tiba sebijik luggage sampai depan rumah.
Berpeluh ketiak aku nak jawab macam mana. Si FM ni yakinkan aku, dia
kata, “She is you mother, she will understand if you tell her nicely”.
Aku yang naif ni pun terpedaya la, lalu memberikan alamat aku, nama
dengan alamat emel. Masa ni aku macam nak bagi alamat palsu ja tapi
entah la kenapa aku bendul time tu.
Dalam 2 jam kemudian, dia pun hantar la macam emel yang buatkan aku
terkejut beruk yang teramat sangat. Dalam emel tu dia cakap dia hantar
satu luggage yang berisi perfume, watch, handbag, glass, his clothes and
duit 50,000 pounds sterling.
Aku nak terbeliak biji mata dah baca benda tu. Scroll ke bawah lagi ada
link untuk ke laman web syarikat kurier tu dan ada no tracking.
Dan bawah sekali ada la macam airway bill tulis sender and receipient
inform4tion. Lepas tu aku terkejut jugak sebab shipping cost sampai
beribu pound sterling.
Aku pun copy la nombor tracking kat atas tadi dan terus track. Tiba-tiba
nama kat situ bukan nama aku weh, nama orang lain. Tapi alamat dia kat
negeri sebelah aku saja.
Okay, start dari sini memang aku curiga tahap kronik dah sampai stress
sikit. Banyak benda aku fikir.
Pertama, macam mana dia boleh percaya kat aku, seorang stranger yang dia
baru kenal beberapa hari untuk pegang luggage dia yang kat dalam tu ada
sampai berpuluh ribu pound sterling. Weh kalau berpuluh ribu rupiah aku
tak kisah tau. Ni pound sterling kot.
Kedua, barang yang dia letak dalam luggage tu sangat tak logik. Kalau
benda-benda macam tu, baik kau beli saja kat sini tak payah nak pos
sampai shipping cost beribu pound. Lagi pun dia belum kahwin dah kenapa
letak handbag dalam tu. Kalau setakat baju tu, beli saja di sini.
Ketiga, dia hantar luggage seberat 25 kg kat dua orang perempuan
berbeza. Aku terpikir, dia letak apa total sampai 50 kg. Kenapa dia
hantar kat dua orang yang berbeza? Adakah dia letak 50,000 pound
sterling jugak dalam luggage satu lagi tu? Yang membuatkan aku berfikir….
Keempat, dia ni kerja apa sebenarnya? Kenapa kaya sangat? Jangan-jangan
letak d*d*h, mamp*s aku nanti.
Kelima, kenapa dia tak letak duit tu dalam bank saja? Kenapa nak letak
dalam beg?
Dan aku pun resah gelisah dah. Aku siap pesan kat kawan aku suruh tolong
doakan supaya tak ada apa-apa yang berlaku kat aku. Aku doa kat Allah,
kalau dia ni ada niat buruk ke atas aku, maka jauhkan lah dia dari aku,
dan aku minta Allah selamatkan aku.
Aku tanya kat si FM ni, aku hanya perlu terima luggage saja kan? Dia
cakap ye. Aku ok saja lah. Oh sambil-sambil tu aku ada masuk website
British Airways sebab nak usha la harga tiket flight dia berapa sebab
dia naik Business class.
Tiket dari Rusia ke London tu ada keluar harga lebih kurang RM5k. Dari
London ke KL tu tak keluar apa-apa. Masa ni tak syak apa-apa lagi. Aku
cuma rasa dia kerja kat company besar je lah.
22 Julai 2020
Si FM ni mesej aku cakap dia dah sampai hotel di Rusia tapi tak happy.
Aku tanya kenapa? Dia cakap dia TERTINGGAL DOMPET DIA KAT RUMAH.
Time ni memang aku tak boleh brain langsung. Alasan paling tak munasabah
pernah aku jumpa sepanjang hidup aku. Kau nak pergi business trip ke
luar negara pulak tu, tapi boleh tertinggal dompet kat rumah?
Lepas tu dia cakap, nanti hantar kat dia duit 4000 dollar apabila
luggage dia dah sampai rumah aku sebab sekarang dia tak ada duit. Aku
iyakan saja. Tapi dah start rasa rimas.
Aku ni kecut lagi memikirkan luggage 25 kg bakal sampai kat rumah. Lepas
tu nak selongkar beg tu, ambil duit dan kirim ke dia pulak. Menyusahkan
betul. Jadi aku macam nak minta dia bayar lebih kat aku nanti, tapi kita
hanya mampu merancang…
Macam petang sikit tu, dia mesej balik. Dia cakap syarikat kurier tu
call aku tadi tapi tak dapat. No aku ni tak ok. Aku cakap mak aku boleh
je call aku.
Serentak tu aku dapat emel dari syarikat kurier katanya luggage si FM ni
stuck di Thailand sebab ada matawang dalam tu. Dan aku perlu bayar
sebanyak RM 5500 untuk clearkan luggage dia tu.
Mula dari sini, aku dah stress. Mana aku nak cekau RM 5500 tu. Lepas tu
si FM suruh aku emel syarikat kurier tu untuk bayar separuh dulu. Aku
cakap kat si FM, boleh tak dia transfer masuk akaun aku, kemudian aku
bayar kat syarikat kurier tu.
Dia cakap tak boleh, dia tak ada online transfer dan dia dah call bank
suruh block akaun dia sebab kan dompet dia tertinggal.
Aku bertegas dengan dia, walaupun separuh, aku tak akan guna duit aku
dulu. Si FM kata okay kalau macam tu, bagitau syarikat kurier untuk
hantar balik luggage tu ke Scotland.
Aku emel syarikat kurier tu, dan diorang balas kalau nak hantar balik
duit flight kena RM9k. Haa kurang ajar kan scammer ni.
Aku mesej FM bagitau pasal tu, dia pura-pura “oh god” dan dia kata try
la dapatkan duit tu. Aku memang taknak la weh bila libatkan duit ni.
Kalau mak aku tau, memang arwah la aku. Lepas tu aku cakap kat si FM,
susah sangat aku nak percaya kau, sebab mana tau kau ni scammer. Lebih
kurang gitu la ayat aku.
Lepas tu dia macam it is very bad for you to say that to me bla bla bla.
Berdrama pulak mamat scammer ni aku pangggg kang.
Aku dah risau so aku cerita kat satu group anti scammer di Facebook ni.
Tapi takda siapa comment ke apa sob sob.
Oh, syarikat kurier tu dari Thailand kononnya, tapi dia bagi nama
perempuan Melayu dengan no akaun Hong Leong Bank. Makin bertambah la
suspicious aku ni.
Kemudian aku dapat idea. Aku cari perempuan seorang lagi tu di Instagram
dan terus follow. Alhamdulillah, lepas solat Maghrib, dia approve aku
dan aku terus la DM dia tanya pasal si FM ni.
Malam sikit aku start la kerja stalk aku. Aku cari rumah si FM tu
berdasarkan sender inform4tion kat airway bill.
Rumah dia tak wujud ya. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab no rumah FM tu
64. Poskod 5NU. Sedangkan apa yang aku jumpa, untuk poskod 5NU, no rumah
1 sampai 29 saja. Untuk no rumah 30-92 (maybe sampai 99 aku tak sure
pulak), poskod dia 5PA.
Kemudian, aku masuk laman web British Airways dan klik manage my
booking. Aku masukkan reference number dan last name dia untuk check.
Ya, tiada booking yang dibuat under reference no tu.
Ok, ni memang confirm lah scammer ni. Nice try, scammer but you won’t
get my money.
Oklah, ada beberapa pengajaran yang kita boleh dapat daripada kisah aku ni.
Yang pertama, tolong jangan percaya langsung kat orang dalam media
sosial ni. Dalam hal macam ni, having a trust issue can save you.
Yang kedua, bila ada orang approach kau, kau tanya dia, apa niat kau
approach aku? Nak berkenalan atau nak scam aku?
Ketiga, kau jangan nak berani-berani guna duit sendiri untuk bagi kat
orang yang tak dikenali kecuali kalau nak shopping kat shopee tu ikut
suka la kan.
Keempat, jangan la bagi alamat rumah, alamat emel dengan nama penuh kat
orang lain kecuali kalau nak shopping online tu tak apalah kang dia
hantar barang kat rumah orang lain menangis kau.
Sekarang ni, si FM tu dah delete no aku atau block aku. Aku tak sure
mana satu sebab display picture dia dah takda dah. So aku harap dia tak
salah gunakan la maklumat peribadi aku huhuhuhu tolong doakan aku dan
sis seorang lagi tu ya kawan-kawan.
– Ain (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions