(Video) Guru Gigih Bawa Laptop Naik Atas Menara, Buat Lawatan Sambil Belajar “Online” Dengan Anak Murid | Program lawatan sambil belajar merupakan satu aktiviti yang sering dilakukan di setiap institusi pendidikan. Bermula dari peringkat rendah sehinggalah Institusi Pengajian Tinggi, program lawatan sambil belajar sering kali diadakan. Namun sejak berlakunya pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia, program sebegini tidak dapat untuk dilaksanakan lagi untuk mengelakkan penularan virus COVID-19 dalam kalangan pelajar.

(Video) Guru Gigih Bawa Laptop Naik Atas Menara, Buat Lawatan Sambil Belajar "Online" Dengan Anak Murid

Dalam satu ciapan di twitter, terdapat seorang guru yang telah berusaha keras untuk memberikan pengalaman lawatan sambil belajar kepada anak muridnya. Bagi memastikan para pelajarnya dapat merasai peluang sebegitu dn pada masa yang sama melindungi mereka daripada terdedah kepada virus yang merbahaya ini, aktiviti tersebut telah dilaksanakan secara atas talian di Seattle, Washington, United States.

https://twitter.com/FLjasmy/status/1378219017744252929?s=20

Dalam video yang berdurasi 0.59 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki iaitu guru tersebut sedang berada di The Space Needle yang terletak di Seattle, Washington. Guru tersebut telah membawa bersama komputer ribanya sambil mengadakan kelas secara dalam talian bersama dengan anak muridnya. Beliau berusaha untuk memberikan suasana program lawatan sambil belajar kepada anak-anak muridnya.

Pada masa yang sama, dapat dilihat beliau menerangkan serba sedikit berkenaan tempat tersebut sambil menunjukkan kepada anak muridnya. Bermula dari luar menara sehinggalah beliau berada di dalam menara tersebut. Beliau menunjukkan sekeliling kawasan menerusi komputer ribanya.

Terdapat juga sesi soal jawab dilakukan bersama dengan anak muridnya, berkemungkinan untuk menguji sejauh mana pengetahuan mereka berkaitan menara dan kawasan sekeliling disitu. Ini sememangnya merupakan sesuatu yang amat menarik untuk dilakukan bersama dengan para pelajar. Bukan sahaja dapat mencegah diri daripada terdedah kepada penyakit, malahan mereka juga masih mampu untuk melihat tempat yang menarik itu secara nyata walaupun hanya menerusi kelas dalam talian. Namun, ianya  tetap sesuatu yang tidak mudah untuk dilakukan oleh setiap guru.

Video tersebut telah mendapat 6.1k tontonan, 139 ulang kicau dan 329 tanda suka daripada pengguna aplikasi twitter.

Sumber : Twitter

Share.

Leave A Reply