Lelaki Positif Dadah Guna Alasan Keluarga Susah Untuk Mencuri | Kesusahan hidup tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk seseorang itu mencuri. Malahan ramai lagi yang masih berusaha dengan cara yang betul untuk menambahbaik kehidupan. Namun lain pula yang terjadi pada seorang lelaki warga Indonesia ini.
Seorang lelaki warga Indonesia telah ditahan kerana dipercayai mencuri. Aktiviti mencuri itu telah berjaya ditangkap melalui tangkap layar. Beliau dipercayai telah mencuri sekampit beras dan susu di Kota Tinggi, Johor pada sabtu yang lalu.
Berdasarkan hasil ujian awal saringan air kencing, keputusan menunjukkan bahawa lelaki terbabit positif dadah jenis heroin. Beliau juga mempunyai 6 rekod jenayah, tiga daripadanya adalah berkaitan dadah manakala tiga lagi berkaitan dengan jenayah, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora.
Lelaki warga Indonesia itu bertaraf penduduk tetap, taraf kewarganegaraan itu telah diterima selepas dia mengahwini wanita tempatan. Dia telah diberkas di kediamannya selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.
Polis telah merampas sekampit beras 1o kilogram dan sebuah moto Yamaha LC 135 yang berdaftar atas nama isterinya. Menurut suspek, beliau mempunyai anak lelaki yang berusia 6 bulan hingga 10 tahun. Dia menggunakan alasan mencuri untuk menanggung kehidupan keluarganya.
Isterinya bekerja sebagai seorang pembantu kantin di sebuah sekolah. Namun disebakan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekolah tidak dapat dibuka seperti biasa. Maka isterinya tidak dapat bekerja untuk mendapatkan pendapatan.
Suspek kini direman untuk siasatan lanjut selama tiga hari hingga 6 April ini untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan penyataan Hussin Zamora, pihak polis tidak mahu kejadian sebegini berlaku lagi. Ini kerana ia akan menjadi satu trend dalam masyarakat untuk melakukan jenayah atas alasan kesempitan hidup. Ini kerana masih terdapat pelbagai cara untuk untuk golongan susah memohon bantuan. Terdapat banyak juga agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dapat membantu mereka.
Sebelum ini telah tular di Facebook menunjukkan kejadian mencuri yang berlaku di sebuah kedai makan. Rakaman yang tular tersebut menunjukkan gambaran seoran lelaki iaitu suspek yang sedang menaiki motosikal. Siasatan awal polis mendapati suspek telah mencuri sekampit beras dan sekotak susu.
Sumber : Free Malaysia Today