Bekas Pemilik Jenama Adidas, Bernard Tapie Diikat Dan Dirompak Di Kediamannya| Seorang ‘Taikun’ Perancis merangkap bekas pemilik jenama pakaian sukan terkenal, Adidas, Bernard Tapie dan keluarganya telah diserang pencuri selepas rumah mereka dipercayai telah dirompak di Combs-La-Ville, Paris, di sini, baru-baru ini.

Bekas Pemilik Jenama Adidas, Bernard Tapie Diikat Dan Dirompak Di Kediamannya

Keluarga tersebut dipercayai sedang tidur ketika pencuri memecah masuk rumah mereka melalui tingkap di tngkat 1 iaitu sekitar jam 12:30 pagi waktu tempatan. Mereka dilaporkan telah dipukul dan diikat menggunakan wayar elektrik selepas pencuri tersebut selesai merompak rumah mereka.

Bernard Tapie, 78 dikatakan telah menerima pukulan di kepala dengan sebatang kayu golf namun mangsa telah menolak untuk diberikan rawatan selepas itu oleh parademik. Selepas pukulan tersebut Bernard dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan letih serta sedang duduk di sebuah kerusi selepas insiden tersebut.

Salah seorang ahli keluarganya, Dominique Tapie berjaya melepaskan diri lalu melarikan diri ke rumah jiran mereka sebelum berjaya menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan. Dia dilaporkan telah mengalami kecederaan ringan di muka akibat dipukul dan telah dibawa ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

Dominique Tapie dalam satu laporan menceritakan pengalamannya sewaktu rompakan berlaku dimana dia telah ditarik rambut oleh suspek rompakan kerana ingin menanyakan tentang keberadaan ‘harta karun’, namun mereka mula menggunakan kekerasan ke atas Dominique apabila ‘harta karun’ yang ditanyakan tersebut tidak dijumpai mereka.

Pencuri tersebut dipercayai telah memasuki rumah mereka berdekatan sebuah ladang besar di Moulin de Breuil melalui tingkap di tingkat satu yang tidak dkawal pengawal ketika itu. Mereka telah berjaya membawa lari dua buah jam tangan jenama Rolex, sebentuk anting-anting, gelang tangan, serta cincin menurut pihak polis yang sedang melakukan siasatan.

Melalui laporan media tempatan, polis menganggap kejadian yang berlaku ini sebagai kejadian rompakan serta penculikan yang ganas.

Bernard Tapie merupakan seorang menteri sosialis yang telah membangunkan kerajaan ke arah sukan dan media namun telah terpalit dengan pelbagai skandal selepas dia dipercayai mengaut keuntungan hasil daripada mengambil alih syarikat-syarikat yang gagal ketika tahun deregulasi kewangan di Perancis,  terlibat dalam skandal rasuah, penipuan cukai serta penyalahgunaan aset koperat.

Sumber: The Guardian

Share.

Leave A Reply