Dijangkiti COVID-19, Guru Besar Jadi Punca Cetus Kluster Baru

| April 4, 2021 | 0 Comments

Dijangkiti COVID-19, Guru Besar Jadi Punca Cetus Kluster Baru | Kes Covid-19 di negara kita masih di tahap membimbangkan terutama dengan kewujudan beberapa kluster baru hampir setiap hari.Baru-baru ini seorang guru besar di sebuah sekolah di Sabah telah mecetuskan satu kluster baru setelah menghadiri tiga majlis perkawinan di tiga lokasi berbeza.

Kota Kinabalu: Seorang guru besar sekolah rendah yang dijangkiti COVID-19 telah mencetuskan kluster baharu di daerah Tawau hari ini, kata Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Kluster Rich Park telah menjangkiti seramai 12 individu yang mana kes indeks adalah seorang guru besar sekolah rendah, lelaki berusia 58 tahun.

Kes indeks disahkan positif covid-19 selepas menjalani saringan bergejala di sebuah klinik swasta pada 1 April lalu dan berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis kenduri kahwin ahli keluarga di tiga lokasi yang berbeza.

Antara lokasinya ialah Taman Rich Park dan Taman Ria Tawau pada 26 Mac 2021 (31 orang di setiap lokasi), sebelum menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel yang membabitkan kehadiran seramai 200 orang.

“Selain itu, kes indeks juga telah menghadiri mensyuarat yang dihadiri sekurang-kurangnya 50 orang. Hingga hari ini, 95 orang telah disaring dan 12 individu didapati positif. Aktiviti pengesanan kontak rapat kini giat dijalankan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Masidi yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri turut berkata jumlah kes harian COVID-19 di Sabah masih kekal dengan dua angka. Jumlah kes Sabah hari ini adalah 68 kes, menjadikan jumlah kumulatif 55,057  kes dan satu kematian di Tawau.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital ialah 54 menjadikan jumlah kumulatif 54,123 orang.

“Seramai 476 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 201 orang di hospital dan 275 orang di Pusat Kuarintin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam,”katanya.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *