(Video) “Sahabat Dunia Akhirat…” Pemuda Terharu Rakan Sanggup Dukung Lepas Patah Dua Kaki | Mendapatkan sahabat yang boleh ada sentiasa dalam keadaan susah dan senang bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia bukanlah suatu yang mustahil, kerana masih ramai lagi orang diluar sana yang sanggup bersahabat dengan hati yang ikhlas.

(Video) "Sahabat Dunia Akhirat..." Pemuda Terharu Rakan Sanggup Dukung Lepas Patah Dua Kaki

Langit tidak selalunya cerah, perumpamaan ini amat sesuai digunakan untuk menerangkan situasi seorang pemuda iaitu Khairi Fikri Kamaruzaman yang telah patah kedua kakinya. Kejadian tersebut berlaku apabila beliau terjatuh semasa sedang membaiki atap rumah pada 25 Januari lalu.

Khairi Fikri perlu menggunakan kerusi roda buat sementara waktu bagi memudahkan pergerakannya.  Walaupun dirinya ditimpa dengan ujian sebegitu, dia tetap syukur kerana mempunyai sahabat yang sentiasa ada dengannya walaupun ketika beliau berada dalam kesusahan.

Apa yang mengharukan adalah, para sahabatnya bukan sahaja sanggup mendukungnya untuk memudahkan dia kemana-mana. Malahan ada juga diantara mereka yang sanggup mengorbankan masa untuk menjaga beliau sejak dua bulan yang lalu.

Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sebegitu. Antaranya adalah Amin Baihaqi yang dikenali sejak lima tahun lalu, Mohd Aidil Kamarudin yang banyak bersamanya membantu beliau melalui tempoh yang sukar untuk menerima keadaan tersebut.

Menurutnya ada lagi seorang sahabat yang sanggup berkorban untuknya. Sahabatnya itu akan pulang dan tinggal dirumahnya sebaik sahaja pulang dari bekerja. Sahabatnya itu akan memberikannya susu pada setiap malam sebelum tidur dan tidak lupa untuk mengejutkannya menjalankan perintah Allah pada setiap subuh, sebelum beliau berangkat ke tempat kerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kery Fikry II (@keryfikry)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kery Fikry II (@keryfikry)

Dia amat terharu kerana mempunyai rakan yang sanggup berkorban untuknya sebegitu sekali. Dia telah memuat naik posting video di akaun instagramnya sebagai tanda terima kasih kepada para sahabat yang banyak membantu dan ada bersamanya ketika itu. Video yang berdurasi selama 5 minit 39 saat itu telah mendapat 36.6k tontonan menerusi instagram.

Selain daripada tiga orang sahabatnya itu, terdapat lagi beberapa sahabatnya yang banyak membantu dan menjaga beliau. Mereka saling bertukar tangan mendukungnya ketika keluar bersiar-siar.

Padanya beliau merasa amat tertekan dengan apa yang telah menimpanya. Namun dengan adanya keluarga serta sahabat yang banyak membantu, dia reda dengan apa yang berlaku serta bersyukur keran dikuarniakan sahabat-sahabat seperti mereka. Dia turut berharap agar kakinya akan sembuh dengan segera dan dapat terus membantu keluarganya.

Sumber : Buzzkini

Share.

Leave A Reply