Doktor Kongsi Info Contoh Prosedur Dan Ubat Yang Boleh Batalkan Puasa Dan Tak Batalkan Puasa | Baki seminggu sahaja lagi, umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Umum juga mengetahui, ada beberapa perkara yang perlu kita pelihara agar tidak membatalkan puasa kita pada hari tersebut.
Sebagai contoh, setiap doktor sudah pasti akan menerima soalan daripada pesakit tentang ubat mana yang boleh batalkan puasa dan tidak batalkan puasa.
Baru-baru ini, Dr Samhan berkongsi tentang prosedur dan ubat-ubat yang boleh membatalkan dan tidak membatalkan puasa di laman Twitter miliknya.
Ubat yang BOLEH BATAL puasa :
- Ubat biji
- Ubat minum
- Pesari (ubat masuk ke dala vagina)
- Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema)
Ubat yang TAK BATAL puasa :
- Ubat letak bawah lidah (dengan syarat : LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan)
- Ubat cucuk insulin
- Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash)
- Ubat sapu macam krim dan losyen
- Ubat kumur (dengan syarat : kumur-kumur sahaja, BUKAN ditelan)
- Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat : ia TAK disedut)
- Ubat bisu setempat atau separuh
- Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)
Prosedur yang TAK BATAL puasa :
- Haemodialisis atau peritoneal dialysis
- Mengambil darah untuk pemeriksaan
- Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
- Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (itravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat
- Menderma atau menerima darah
- Menerima oksigen atau gas untuk bius
- Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya
- Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) utuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin)
- Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan
- Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)
- Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat tidak ditelan
- Pemeriksaan dalam rahim (Hyteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device)
- Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan
- Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
- Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
- Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia)
Dr Samhan turut meminta orang ramai agar dapat membantu untuk menyebarkan info-info di atas bagi yang masih keliru. Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Samhan