Serangan Berdarah Kumpulan Pemberontak Penyebab 22 Orang Anggota Penyelamat Terkorban | Seramai 22 orang anggota penyelamat India telah terkorban dalam satu insiden serangan berdarah melibatkan kumpulan pemberontak berhaluan kiri tahun ini di India tengah, baru-baru ini.
Maois, sebuah kumpulan berhaluan kiri telah melancarkan serangan ke atas pasukan penyelamat India di daerah Chhattisgarh di mana pasukan penyelamat telahpun berjaya menakhluk suku dari daerah tersebut dalam satu operasi yang dikenali sebagai operasi anti-pemberontakan.
Seorang pegawai kanan pemerintah di Raipur memberi penjelasan bahawa mereka telah mengesahkan sekurang-kurangnya 22 orang anggota terkorban akibat dibunuh oleh pejuang Maois selepas tewas dalam tembakan yang berlangsung selama 4 jam di daerah perbatasan Sukma, 540 km bersamaan 340 batu selatan Raipur.
Om Prakash Pal, seorang pegawai kanan polis di Raipur berkata menerusi laporan Reuters, operasi ‘Combing’ telah dilakukan pasukan penyelamat bagi mengesan salah seorang anggota pasukan penyelamat yang telah hilang dan ia sedang giat dilakukan.
Dia berpendapat bahawa angka kematian kali ini adalah yang paling tinggi bagi pasukan penyelamat sejak mereka memerangi kumpulan gerilla kiri ini iaitu sejak tahun 2017.
Maois yang juga dikenali sebagai Naxals telah melakukan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintah selama beberapa dekad lamanya. Pemimpin kumpulan militari bersayap kiri ini mengatakan bahawa perjuangan mereka adalah bertujuan membela nasib bagi pihak termiskin yang tidak mendapat keuntungan dari ledakan ekonomi yang panjang dalam ekonomi ketiga terbesar di dunia.
Kumpulan tersebut beroperasi dari hutan tebal serta operasi mereka adalah bagi menentang pemerintah India serta pasukan penyelamat menggunakan operasi rahsia. Kumpulan tersebut dilaporkan belum mengaku serta bertanggungjawab ke atas serangan yang dilakukan sehingga mengakibatkan 22 orang anggota terkorban.
India telah dikejutkan dengan kematian lima orang anggota polis serta beberapa anggotanya yang cedera dalam satu letupan yang dikenali sebagai ‘ mogok Maois’ dimana ia telah menyasarkan sebuah bas yang membawa lebih dari 20 orang anggota keselamatan 5 bulan yang lalu.
Sumber: Reuters