Kantoi Guna Passport Palsu, Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Hospital  | Seorang bayi lelaki telah ditinggalkan oleh ibunya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Ibu kepada bayi tersebut meninggalkan anaknya setelah perbuatannya yang menggunakan passport palsu terbongkar.

Kantoi Guna Passport Palsu, Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Hospital

Ibu kandung kepada bayi tersebut yang merupakan wanita warganegara Indonesia telah meninggalkan anaknya yang berusia kira-kira 40 hari. Bayi tersebut telah dibawa ke hospital oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan akibat muntah yang berlarutan pada 16 februari yang lalu ketika berusia 12 hari.

Difahamkan bahawa ibu bayi tersebut gagal untuk mendaftarkan kelahiran anaknya yang lahir pada 5 februari. Itu telah menyebabkan bayi itu dihantar terus ke HSA.

Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin, rujukan bersurat telah dilakukan kepada konsulat Indonesia pada 12 Mac lalu. Didapati nombor passport yang digunakan oleh ibu kandung bayi itu adalah palsu dan hak milik orang lain.

Wanita itu telah menghilangkan diri sebaik sahaja mengetahui tindakannya yang menggunakan passport palsu telah terbongkar. Dipercayai tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Ketua jururawat telah membuat laporan polis bagi memaklumkan bahawa wanita tersebut gagal untuk menuntut bayinya di hospital. Bayi tersebut juga telah dibenarkan untuk keluar hospital pada 25 Mac yang lalu dan kini telah ditempatkan di Rumah Perlindungan JKM Johor mengikut subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Bayi yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya itu telah dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Bayi tersebut juga berada dalam keadaan yang sihat, usaha untuk megesan ibunya masih diteruskan oleh JKM.

JKM turut meminta bantuan orang ramai yang mengenali waris bayi berkenaan untuk menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606 atau 07-2232607.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply