Kompaun Akan Dikenakan Kepada Sekolah Yang Cetus Kluster Baru | Polis kini telah memberi kenyataan bahawa sekolah bakal dikenakan kompaun jika sekolah terbabit didapati mengabaikan prosedur standard operasi (SOP) sehingga menyebabkan tercetusnya kluster baru, di sini, baru-baru ini.

Kompaun Akan Dikenakan Kepada Sekolah Yang Cetus Kluster Baru

Kompaun Akan Dikenakan Kepada Sekolah Yang Cetus Kluster Baru

Ketua Polis Negeri Pahang,  Datuk Seri Abd Jalil Hassan memberitahu bahawa langkah tersebut telah diambil bagi membendung masalah penularan Covid-19 dalam kalangan sektor pendidikan terutamanya bagi sekolah-sekolah di negeri Pahang.

Tambah beliau, tindakan mengenakan kompaun merupakan ‘jalan terakhir’ yang diambil oleh pihak berkuasa selepas beberapa sekolah didakwa tidak mematuhi SOP yang ditetapkan sehingga menyebabkan kluster baru tercetus. Ia juga bagi memastikan pihak pemantau sekolah, penguat kuasa, serta ibu bapa  lebih peka dalam memastikan sekolah menjadi salah satu tempat bebas Covid-19.

Tindakan kompaun juga telah diambil bagi memastikan negeri Pahang tidak menjadi antara negeri dimana kebanyakan sekolah bakal ditutup disebabkan oleh kluster baru yang tercetus dalam kalangan sektor pendidikan di sini, ujar beliau selepas satu Mersyuarat Permuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang telah diadakan bersama Polis Pahang di pejabat JPN Pahang, baru-baru ini.

Menurut Pengarah JPN Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman, bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 dari terus berlaku, ibu bapa kini dinasihatkan untuk tidak memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk pergi ke sekolah sekiranya anak-anak mereka mempunyai gejala seperti demam dan selesema.

Hal ini dikatakan supaya anak-anak lain juga tidak terjejas pendidikan mereka selepas mereka hadir ke sekolah bagi meneruskan pembelajaran mereka bersama guru-guru, menurut ulasan yang diberikan oleh Mohammad Rosli lagi.

Guru-guru, murid-murid serta kakitangan sekolah yang didapati mengalami gejala seperti demam dan selesema diminta untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah bagi mengekang penularan wabak dari terus berlaku dalam kalangan sektor pendidikan dan meminta agar ibu-bapa juga tidak membenarkan anak mereka untuk ke sekolah jika gejala tersebut terdapat pada anak mereka.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply