Demi Anak.. Ibu Terpaksa Mencuri Motosikal

| April 21, 2021 | 0 Comments

Demi Anak.. Ibu Terpaksa Mencuri Motosikal | Kasihnya ibu tiada galang ganti, sanggup berbuat apa sahaja untuk anak yang dikandung sejak dari dalam rahim sehinggalah besar. Begitu besar pengorbanan seorang ibu bagi memastikan kesejahteraan seorang anak. Sehinggakan perkara yang dilarang oleh undang-undang turut sanggup dilanggar demi seorang anak.

Demi Anak.. Ibu Terpaksa Mencuri Motosikal

Seorang ibu tunggal terpaksa membuat keputusan untuk mencuri moto hak milik jiran tettangga demi anaknya. Dikatakan bahawa dia telah mencuri motosikal itu untuk mengubati anaknya yang sedang sakit dan membeli keperluan seperti susu formula dan ubat untuk anaknya.

Telah tular di laman sosial gambar seorang perempuan menggendong anaknya yang masih bayi sambil membawa motosikal berjenama Honda Beat yang telah dicuri di parkir rumah dekat kampung Sumbertanggul, Mojasari, Jawa Timur, Indonesia .

Wanita berusia 40 tahu  itu dipercayai mencuri motosikal itu untuk membayar kos perubatan anaknya yang sedang demam. Tribunnews melaporkan, aksi itu sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di kawasan berkenaan.

Rakaman CCTV itu telah membantu pihak polis untuk mengenal pasti identiti sebenar suspek yang mencuri motosikal itu. Beliau merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan tinggal di Kampung Mojotamping, Bangsal, dekat daerah Mojokerto.

Ketua Polis Mojosari, Heru Purwandi memberitahu, pihaknya menangkap suspek bersama anaknya, kira-kira 11 malam 17 April lalu, di sebuah rumah dekat Kampung Sumbertanggul, daerah Mojosari.

Suspek telah mengakui melarikan motosikal model Honda Beat berwarna merah milik Aulia Nur Pratiwi iaitu seorang penduduk di situ pada pagi Selasa lalu. Dia memberikan alasannya mencuri motosikal itu kerana kesempitan wang ingin membiayai perubatan anaknya yang berusia setahun enam bulan itu.

Menurut Heru, anggota yang ditugaskan membuat tangkapan membantu membelikan susu formula untuk anak suspek. Anggotanya juga sempat membawa anak suspek yang demam ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa bagaimanapun telah menarik semula laporan polis yang dibuat selepas mengetahui keadaan suspek yang terpaksa melakukannya.

Suspek turut mengembalikan semula motosikal dicuri dengan meninggalkannya di sekitar lokasi kejadian yang berhampiran balai polis Mojosari. Mangsa dan suspek turut telah dipertemukan dengan disaksikan oleh ketua kampung. Mangsa memaafkan suspek dan semua pihak terbabit bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik serta berdamai.

Sumber: Harian Metro

Tags: , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *