Isu Rogol Dan Gangguan Seksual Dijadikan Gurauan Guru Pendidikan Jasmani, Dr Maszlee Malik Minta Pengetua Siasat | Seorang guru yang sepatutnya memberikan didikan yang baik serta fokus kepada keselamatan pelajar telah menjadikan isu cabul sebagai satu gurauan. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam institusi pendidikan negara ini.

Isu Rogol Dan Gangguan Seksual Dijadikan Gurauan Guru Pendidikan Jasmani, Dr Maszlee Malik Minta Pengetua Siasat

Seorang guru pendidikan jasmani telah menjadikan isu rogol sebagai satu gurauan semasa mengajar topik mengenai gangguan seksual. Seorang pelajar berusia 17 tahun yang berada di dalam kelas itu telah membuat dakwaan berkaitan perkara itu menerusi klip video yang telah tular di media sosial.

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah mendesak pengetua sekolah yang terletak di Selangor itu untuk memandang serius berkaitan isu ini dan membuka kertas siasatan terhadap tuntutan pelajar itu. Katanya, rogol bukanlah satu jenaka malahan seorang guru perlu fokus terhadap keselamatan pelajar dan bukan sebaliknya.

Isu Rogol Dan Gangguan Seksual Dijadikan Gurauan Guru Pendidikan Jasmani, Dr Maszlee Malik Minta Pengetua Siasat

Menurut MalaysiaKini, Saiful Nizam Abdul Wahab, bapa kepada gadis itu turut menyatakan bahawa dia akan membuat laporan polis dan bertemu dengan pegawai sekolah pada minggu hadapan.

Kementerian Pendidikan telah memaklumkan kepada FMT bahawa video itu telah dikongsikan dengan pihak pengurusan dan bahagian aduan untuk tindakan selanjutnya.

Pelajar itu telah mengesahkan dalam mesej perbualan bersama FMT bahawa dia telah memuatnaik video itu di TikTok dan menerangkan bahawa gurunya itu sedang menjelaskan berkaitan gangguan seksual kepada kelasnya sebelum perbualan itu bertukar menjadi gurauan yang makin pelik dan lucah.

Dia merasakan seperti ditindas dan takut kerana budak lelaki itu akan meningkat dewasa dan mereka menjadikan rogol sebagai satu gurauan.

Dalam video itu,dia mengatakan bahawa jenaka itu timbul semasa mereka membincangkan berkenaan bagaimana terdapatnya banyak undang-undang yang melindungi anak-anak di bawah umur dari penderaan seksual ataupun gangguan seksual.

Gurunya turut mengingatkan kepada para pelajarnya sekiranya mereka ingin memperkosa seseorang, janganlah memperkosa seseorang yang dibawah umur 18 tahun. Kata pelajar itu, para pelajar peremouan hanya berdiam diri sahaja di dalam kelas, manakala pelajar lelaki tertawa seolah-olah itu merupakan sesuatu yang lucu untuk merogol seseorang.

Dia turut mendakwa bahawa guru itu mnegatakan bahawa pelajar lelaki yang diperkosa tidak membuat laporan kerana merasa seronok. Dia tiurut mendakwa telah mengahantar pesanan kepada kaunselor sekolahnya mengenai kejadian itu.

Isu Rogol Dan Gangguan Seksual Dijadikan Gurauan Guru Pendidikan Jasmani, Dr Maszlee Malik Minta Pengetua Siasat

Namun kaunselor hanya meminta maaf atas tindakan guru itu dan mengatakan itu adalah sesuatu yang ‘normal’ bagi remaja lelaki untuk memberikan komen yang kasar seperti itu secara bergurau. Sebaliknya pelajar perempuan agak sensitif dan dan beremosi merupakan sesuatu yang wajar.

All Women’s Action Society (AWAM) menyatakan bahawa kejadian sebegitu tidak dapat diterima dan mengecam guru-guru yang memiliki pemikiran yang menyokong pemerkosaan berlaku.

Golongan beliau seharusnya membicarakan berkaitan isu ini dan mereka menyukai apa yang dilakukan oleh pelajar perempuan itu. Tindakannya itu dianggap sebagai sesuatu yang betul. AWAM juga ingin menggunakan kisah pelajar ini untuk menyebarkan kesedaran orang ramai mengenai budaya gangguan seksual di sekolah.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply