Ustaz Abdul Somad Bakal Kahwini Gadis Muda | Siapa sahaja yang tidak mengenali Ustaz Abdul Somad (UAS) iaitu seorang pendakwah bebas yang dikenali bukan sahaja di Indonesia malahan di negara jiran. Pendakwah terkenal Indonesia itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis muda dalam masa terdekat.

Ustaz Abdul Somad Bakal Kahwini Gadis Muda

Calon isterinya UAS dikatakan terlalu muda dan baru sahaja berusia 19 tahun. Calon isteri yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud. Beliau merupakan seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur.

Dikatakan bahawa pernikahan yang bakal berlangsung itu telah mendapat kebenaran daripada Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.

Katanya, Ustaz Abdul Somad telahpun membuat pendaftaran di  Pejabat Agama Peterongan. Pendaftaran itu telah dilakukan sejak sebelum tibanya bulan ramadan lagi, kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.

Apabila ditanyakan secara lebih mendalam berkaitan perkahwinan yang bakal dilangsungkan, beliau hanya menjawab dan berkatakan bahawa beliau tidak mengetahui berkaitan tarikh pernikahan akan dilangsungkan dan juga lokasi pernikahan.

Sebelum ini telah tersebar gambar Ustaz Abdul Somad bersama dengan seorang gadis muda berhijab di platform media sosial.

Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini. Sehingga setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.

UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu kecundang pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercerai pada 3 Disember 2019. Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon.

Sumber: Harian Metro

Share.

Comments are closed.