Ketua Polis Kuala Lumpur Nafi Langgar SOP Pemakaian ‘Mask’ | Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menafikan dakwaan bahawa dia telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dakwaan itu juga telah menjadi tular di media sosial.
Satu video wawancara televisyen (TV) membabitkan Ketua Polis Kuala Lumpur telah dimuatnaik di TikTok. Menerusi video itu kelihatan Datuk Azmi tidak memakai pelitup muka ketika sesi wawancara itu diadakan. Wawancara TV itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur ketika pemantauan pematuhan SOP di kawasan terbabit.
“Dalam video yang dirakam oleh pemilik akaun TikTok itu, individu itu menyatakan: ‘Sekarang ini Dato ni tak pakai mask⦠Dia suruh orang ikut SOP tapi mask (pelitup muka) dia mana? Jadi kita saman dia.’
Datuk Azmi menjelaskan bahawa dia hanya membuka pelitup muka sejurus wawancara bermula dan terus memakai semula pelitup muka miliknya sebaik sahaja wawancara itu selesai.
wawancara itu diadakan secara langsung untuk slot berita stesen televisyen dan pemakaian pelitup muka dikhuatiri mengganggu kejelasan penyampaian mesej berikutan lokasi wawancara itu agak bising.
Sumber: Harian Metro