Wanita Korea Selatan Dihantui Oleh Jenayah Seksual Digital |  Jenayah seks digital terhadap wanita telah gagal untuk ditangani dengan baik oleh pihak berkuasa Korea Selatan kata Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini.

Wanita Korea Selatan Dihantui Oleh Jenayah Seksual Digital

Kini Korea Selatan menduduki kedudukan ke 12 negara kuasa ekonomi terbesar dan antara peneraju utama bidang teknologi. Walaupun begitu, negara itu masih lagi kekal sebagai negara dimana masyarakatnya di dominasi lelaki dengan rekod buruk dalam menjaga hak wanita.

Yang menjadi permasalahan utama di negara itu ketika ini adalah jenayah seks digital atau perkongsian gambar atau video lucah tanpa kebenaran. Banyak tempat awam yang dipasangkan dengan peranti video pengintipan atau ‘molka’ dianggap biasa selain daripada ‘pornografi membalas dendam’ atau lebih dikenali sebagai video peribadi difilem atau dikongsi tanpa izin.

Pegawai HRW, Heather Barr berkata, pegawai Korea Selatan dalam sistem undang-undang jenayah, yang kebanyakan lelaki biasanya tidak memahami atau menerima bahawa ia adalah jenayah yang serius. Jenayah seksual digital menjadi kebiasaan dan ia ditakuti, mengganggu kualiti hidup semua wanita dan anak gadis.

Lebih 45 peratus kes jenayah seksual digital tidak diambil tindakan oleh pendakwa raya berbanding 19 peratus kes rompakan dan 27.7 peratus kes bunuh diri yang berlaku di dalam negara itu pada tahun 2019. Laporan menemui hampir 80 peratus pesalah tahun lalu, hanya menerima hukuman penangguhan, denda atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

Polis wanita kini turut bertugas memeriksa tandas awam malah HRW mendakwa, ramai yang mula menolak menggunakan tandas bersama-sama kerana peranti kamera pengintip telah menjadi satu kelaziman di sana.

Tambah Barr lagi, seorang wanita mendakwa dia diberikan jam oleh rakan sekerja lelaki yang kemudian meletakkannya di bilik tidur dan hanya mengetahui terdapat kamera yang merakamnya secara rahsia selepas lebih sebulan. Mangsa biasanya akan mengalami rasa malu yang mendalam dan kurang bersosial dan angka itu kini ‘membimbangkan’ malah ada yang mempertimbangkan untuk membunuh diri.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply