Lihat Buaya Secara Dekat, Lawatan Maya Anjuran Zoo Taiping Mendapat Sambutan | Zoo Taiping telah menganjurkan lawatan maya bagi orang ramai yang merasa bosan dan ingin melihat haiwan-haiwan yang berada di Zoo Taiping & Night Safari.
Sesi lawatan secara maya itu telah dilaksanakan secara langsung di akaun Facebook dan juga Instagram rasmi milik zoo tersebut. Namun lawatan maya yang dilaksanakan pada kali ini hanya berfokuskan kepada buaya sahaja. Tujuan haiwan itu dipilih adalah untuk orang ramai lebih mengenali reptilia haiwan tersebut.
Ternyata sesi lawatan laya yang diadakan secara langsung itu begitu mendapat sambutan yang hangat oleh orang ramai yang telah lama rindu untuk melawat tempat tersebut. Seramai lebih dari 38.4 k pengguna media sosial ikut serta dalam lawatan maya yang diadakan itu.
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada para pengunjung yang ingin menyertai lawatan maya tersebut.
Sumber: Zoo Taiping & Night Safari