Lelaki Cedera Di Bahagian Muka Dan Badan Selepas Bertengkar Di Tepi Jalan | Telah tular sebuah video yang memaparkan berlakunya pertengkaran yang melibatkan beberapa individu di kawasan tepi jalan.

Lelaki Cedera Di Bahagian Muka Dan Badan Selepas Bertengkar Di Tepi Jalan

Seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai merupakan seorang buruh dikatakan sedang berjalan pulang dari tempat kerjanya.Namun semasa berjalan dua telah dihampiri oleh sebuah kereta Perodua Alza di Jalan Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Menurut kenyataan polis, dipercayai bahawa pemandu yang menaiki kenderaan tersebut turut bersama dengan tiga orang wanita.  Pemandu itu bertindak membunyikan hon kerana mengenali lelaki yang sedang berjalan kaki itu.

Dari situlah bermulanya pertengkaran serta ejek-mengejek berlaku di antara kedua pihak. Malah pejalan kaki itu turut bertindak dengan menendang kenderaan tersebut sebelum dibelasah oleh orang ramai. Namun rata-rata netizen lebih tertumpu pada penampilan seorang perempuan yang bersanggul yang turut terlibat dalam kejadian itu.

Pejalan kaki itu mendakwa bahawa dia telah dipukul oleh suspek dan beberapa individu yang tidak dikenali sehingga menyebabkan beliau cedera di bahagian badan dan muka.

Polis masih menanti pihak yang menaiki kenderaan untuk tersebut untuk tampil membuat laporan rasmi berkenaan kejadian itu. Sementara itu, saksi awam yang turut berada di tempat kejadian turut diminta hadir untuk membantu siasatan.

Sumber: Kisah Dunia

Share.

Leave A Reply