Ini Senarai PPV Yang Boleh ‘Walk-In’ Bermula Esok Di Lembah Klang | Vaksinasi secara “jalan terus” akan dilakukan bermula esok di beberapa Pusat pemberian Vaksin (PPV) terpilih di sekitar Lembah Klang. Kaedah ini akan dijalankan bermula jam 2 petang.

Ini Senarai PPV Yang Boleh 'Walk-In' Bermula Esok Di Lembah Klang

Masa dan tempat iaitu PPV bagi warganegara dan bukan warganegara juga adalah berlainan. Bagi warganegara anada boleh dapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ bermula esok sehingga 22 Ogos. Manakala bagi bukan warganegara pula boleh dapatkan bermula 9 sehingga 22 Ogos 2021. Berikut merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih :

Warganera

  1. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
  2. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
  3. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
  4. Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
  5. Hotel Wyndham, Klang
  6. Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
  7. Dewan Komuniti Serendah
  8. Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang
  9. Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)

Bukan Warganegara

  1. Stadium Nasional Bukit Jalil

Ini Senarai PPV Yang Boleh 'Walk-In' Bermula Esok Di Lembah Klang

Selain itu, orang ramai juga perlu menepati tarikh yang ditetapkan seperti bagi yang berumur 40 tahun ke atas atau komorbid akan bermula 2 sehingga 4 Ogos manakala untuk golongan berumur 18 tahun ke atas, akan bermula 5 sehingga 22 Ogos.

Bagi individu komorbid, sila bawa surat doktor untuk mengesahkan sejarah kesihatan anda. Sila bawa juga bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang. Contoh, lesen memandu, alamat di kad pengenalan dan lain-lain.

Ini Senarai PPV Yang Boleh 'Walk-In' Bermula Esok Di Lembah Klang

Sumber : JKJAVMY

 

Share.

Leave A Reply