(Ada Video) Anak Tanya “Rog*l Tu Apa?” Ini Cara jawab Yang Betul | Khalifah Media Network – Dewasa kini, adalah normal jika dalam kalangan anak-anak  yang kian membesar, mereka sering tertanya-tanya dengan keadaan di sekeliling mereka dan ini termasuk dengan setiap perkara yang mereka dengar dari pertuturan orang yang lebih dewasa.

Oleh itu, ibu bapa dipesan supaya tidak menuturkan kata-kata yang negatif apabila berada di hadapan anak-anak.

Namun, apabila mereka berada di sekolah dalam pembelajaran subjek Sains atau mendengar berita-berita kes rog*l di kaca TV, tidak lari bagi mereka untuk tahu dengan lebih lanjut tentang istilah perkataan tersebut. Bukan sahaja anak-anak yang sudah bersekolah, malah anak-anak kecil juga turut sama. Apa yang mak ayah nak jawab?

Ikuti video ini berkenaan cara-cara menerangkan jenayah rog*l dengan cara yang betul kepada anak-anak yang akan dikupas oleh speaker KMN Box iaitu saudara Akhi Fairuz dengan lebih lanjut.

 

Perkara Yang Sepatutnya Dilakukan Kepada Sajat dan Golongan Sepertinya. Ini komen Mufti. |

Khalifah Media Network – GEORGETOWN – Golongan agamawan termasuk pihak berkuasa agama Islam tidak sewajarnya memandang hina kepada usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dan golongan sepertinya.

Perkara Yang Sepatutnya Dilakukan Kepada Sajat dan Golongan Sepertinya. Ini komen Mufti.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya pihak berkenaan perlu bersimpati dengan golongan itu. Cuba membantu membimbing serta menasihati mereka semampu yang boleh.

Menurutnya, adalah menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama sekiranya mereka tersasar daripada landasan hidup.

“Pada pandangan saya, semua umat Islam termasuk golongan agamawan dan pihak berkuasa agama Islam tidak sepatutnya memandang hina terhadap Muhammad Sajjad atau golongan sepertinya.

“Mereka mungkin sukar menerima nasihat kerana sudah terbiasa berada di jalan yang salah. Namun inilah kewajipan kita untuk membantu sesama Islam.

“Pengalaman mengajar kita bahawa sekeras mana hati seseorang itu, namun jika selalu dinasihati secara jujur. Ianya dengan izin ALLAH SWT, hati yang keras tidak mustahil akan kembali lunak. Malah bersedia menerima nasihat demi kebaikan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Baca Selanjutnya Di sini….

Share.

Leave A Reply