(Ada Video) Ngeri! Jari Lelaki Ini Berubah Hitam Dan Mati Selepas Terkena ‘Frosbite’ Ketika Daki Gunung | Seorang lelaki terpaksa berhadapan situasi genting selepas dia dilaporkan terpaksa memotong jarinya disebabkan oleh kesan dari frostbite yang dialaminya semasa mendaki puncak Gunung Broad Peak di Karakoram, sempadan China dan Pakistan.

(Ada Video) Ngeri! Jari Lelaki Ini Berubah Hitam Dan Mati Selepas Terkena 'Frosbite' Ketika Daki Gunung

Fahad Badar, seorang  pengembara dan jaguh pendaki gunung dari Qatar tersebut difahamkan telah mengalami kemalangan ‘ngeri’ itu di atas puncak setinggi 8,000 meter pada Julai 2021.

Dia kini telah berkongsi tentang keadaan jarinya di laman Tiktok peribadinya dan mengatakan bahawa dia bakal menjalani pembedahan untuk memotong jarinya dalam masa tiga minggu lagi.

@fahadbadarOperation in 3 weeks, staying strong 🦾 العملية بعد ٣ اسابيع، والمعنويات عالية 😊♬ original sound – 🍒

Melalui satu portal WGOQatar, Fahad pernah berkongsikan secara terperinci mengenai detik-detik ketika dia berada di puncak gunung tersebut.

Katanya dalam portal tersebut, perjalanannya menuju ke gunung itu berlangsung selama dua bulan dan mengambil masa selama tiga atau empat hari untuk sampai ke puncak. Namun, ketika berada di puncak, ada insiden yang telah berlaku iaitu seorang pendaki dari Rusia telah terjatuh dan usaha untuk menyelamatkannya dijalankan.

@fahadbadar🤷🏻‍♂️like a rock متحجرة 🗿♬ original sound – Fahad Badar 🏔🧗🏻🦾

Hal tersebut menyebabkan dia terlambat untuk tiba di puncak selama 5 jam dan turut kehabisan oksigen. Keadaan tersebut telah membuatkan dirinya mengalami halusinogen dan terpaksa kekal di atas puncak itu sepanjang malam tanpa oksigen.

Namun begitu, dia berasa bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan turun dari gunung dengan selamat. Malangnya, disebabkan ketiadaan oksigen, tangannya mengalami beberapa kerosakan serta mengalami halusinasi dan pembesaran pada bahagian otak sehingga menyebabkannya mengalami amnesia.

@fahadbadarAlJazeera coverage♬ 春日漫游 – Official Sound Studio

Katanya lagi, apa yang lebih merisaukannya adalah, dia turut mengalami frostbite di semua jari kiri dan satu jari kanan. Ketika pulang ke Qatar semula, dia cuba mendapatkan rawatan selama sebulan namun ia tidak menunjukkan hasil dan jarinya dilaporkan terpaksa dipotong.

Gunung yang didaki Fahad tersebut dikenali sebagai Gunung Broad Peak dimana ia merupakan gunung ke-12 tertinggi serta sukar untuk didaki. Gunung ini juga dilaporkan bersebelahan dengan Gunung ‘K2’ yang merupakan gunung ke-2 tertinggi di dunia.

Sumber: Tiktok, WGoQatar 

Share.

Leave A Reply