(Ada Video) Pengunjung Cemas ‘Diserang’ Kepala Air Ketika Beriadah | Berlaku satu kemalangan melibatkan beberapa pengunjung di sebuah air terjun Tinubdan di Cebu, Filipina selepas mereka dikatakan ‘diserang‘ kepala air sewaktu beriadah di tempat tersebut, baru-baru ini.

(Ada Video) Pengunjung Cemas 'Diserang' Kepala Air Ketika Beriadah

Menurut laporan Manilla Bulletin, kejadian tersebut telah mengorbankan dua nyawa melibatkan seorang remaja  berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berikutan  ‘diserang’ kepala air manakala seorang wanita berusia 32 tahun juga dikatakan masih hilang dalam kejadian itu yang berlaku pada jam 1 petang waktu tempatan.

Difahamkan bahawa mayat pertama yang dijumpai adalah kanak-kanak perempuan tersebut iaitu kira-kira sepuluh jam kemudian, 14 kilometer daripada lokasi yang dilaporkan hanyut, menerusi laporan media tempatan.

Mayat kedua yang ditemui adalah remaja lelaki terbabit iaitu sekitar jam 11:30 pagi waktu tempatan.

Detik kejadian ngeri tersebut sempai dirakam menggunakan sebuah dron salah seorang pengunjung  yang  menunjukkan mereka (pengunjung) pada mulanya tidak menyedari bahaya yang sedang menanti mereka dan masih berada di air terjun terbabit namun secara tiba-tiba terdapat arus besar datang ke arah mereka dengan dipenuhi lumpur mula menghanyutkan sebahagian daripada mereka.

Video yang dikongsikan oleh warganet tersebut turut memaparkan seorang lelaki yang dilihat terperangkap di atas batu ketika arus semakin ganas, namun nasibnya tidak dapat dipastikan setakat ini.

Video tersebut telah dikongsikan di laman twitter dan mendapat jumlah tontonan yang ramai iaitu kira-kira berjumlah 228 ribu serta ratusan sokongan yang rata-ratanya gerun melihat kejadian tersebut.

Sumber: Manilla Bulletin

Share.

Leave A Reply