Pemimpin Terkenal Rohingya Mati Ditembak Di Kem Pelarian | Penyerang bersenjata dilaporkan telah menembak dan membunuh seorang pemimpin Rohingya terkemuka di sebuah kem pelarian di selatan Bangladesh , setelah berbulan-bulan memburuknya keganasan di penempatan pelarian terbesar di dunia, baru-baru ini.

Pemimpin Terkenal Rohingya Mati Ditembak Di Kem Pelarian

Mohib Ullah, Ketua Persatuan Damai dan Hak Asasi Manusia Arakan Rohingya (ARPSH), dikatakan sedang bercakap dengan pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas menghadiri solat Isyak pada hari Rabu sebelum sekurang-kurangnya empat penyerang menembaknya mati, kata Rafiqul Islam, jurucakap polis di kem pelarian Cox’s Bazar.

Islam berkata, Polis serta Batalion Polis Bersenjata, yang ditugaskan untuk memastikan keselamatan bagi 34 kem Rohingya di negara itu, telah meningkatkan keselamatan di kem tersebut iaitu dengan mengerahkan ratusan lagi pegawai bersenjata.

Jurucakap ARPSH, Mohammad Nowkhim mengatakan bahawa ketika kejadian itu berlaku, Ullah sedang berbicara dengan pemimpin Rohingya lain di luar pejabat ARPSH di Kutupalong, penempatan pelarian terbesar di dunia sebelum dia diserang oleh beberapa penyerang bersenjata.

Ullah dilaporkan mati ketika sedang dibawa ke hospital berdekatan akibat pendarahan yang teruk akibat ditembak.

Menerusi laporan The Guardian, seorang pemimpin Rohingya memberitahu bahawa disebalik pembunuhan Ullah mungkin didalangi oleh Kumpulan Pelampau Arakan Rohingya Salvation Army, yang berada di belakang beberapa serangan ke atas pos keselamatan Myanmar dalam beberapa tahun terakhir ini.

Ullah yang berusia 48 tahun itu muncul sebagai pemimpin awam utama masyarakat minoriti Muslim yang mencecah hampir 740,000 orang Rohingya berlindung di kem terbabit selepas  dianiaya oleh tentera Myanmar di wilayah Rakhine pada bulan Ogos 2017.

Sumber: The Guardian

Share.

Leave A Reply