Jijik! Lelaki Simpan Mayat Teman Wanita Dalam Plastik Sampai Reput | Jika sudah melakukan kesalahan, pasti berbagai cara akan digunakan bagi menghapuskan bukti atau menutup kesalahan walaupun dengan cara kejam.

Jijik! Lelaki Simpan Mayat Teman Wanita Dalam Plastik Sampai Reput

Begitulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Phoenix, Arizona selepas dia dikatakan tergamak memilih untuk menyimpan mayat kekasihnya di dalam bekas plastik dengan alasan untuk ‘sentiasa dekat dengannya’.

Suspek dikenali sebagai Daniel Blas Torrealba, 21, telah dituduh membunuh Destiny Munoz, 17, selepas pihak polis menemui mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan ngeri iaitu dalam keadaan sudah reput, menerusi laporan Harian Metro.

Polis menyatakan bahawa mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan dibungkus dengan plastik dan diikat di dalam sebuah bekas.

Polis kini telah berjaya menahan Torrealba dan adiknya Edwin Chavez-Blas, 19, dan mereka kini didakwa enyembunyikan kematian Destiny dengan rancangan untuk memotongnya dengan gergaji besi dan menanamnya.

Mangsa dilaporkan telah dibunuh akibat terkena tembakan tetapi teman lelakinya mendakwa Destiny menembak dirinya sendiri ketika perbalahan.

Torrealba dan adiknya kini ditahan polis kerana dituduh menyembunyikan mayat dan bukti pembunuhan mangsa yang juga ibu kepada bayi berusia setahun itu.

Mereka juga didakwa kerana memasukkan Destiny ke dalam bekas, yang dilaporkan berbau busuk ketika mayat itu ditemukan pada 5 Oktober.

Sebelum kejadian berlaku, suspek dikatakan telah menghantar pesanan ringkas kepada keluarga kekasihnya menggunakan telefonnya supaya mereka tidak bimbang mengenai wanita itu.

Terdahulu, keluarganya telah melaporkan Destiny hilang pada 5 Oktober, dengan menyatakan mereka tidak melihatnya selama 10 hari, menurut akhbar Republik Arizona.

Sejurus melakukan siasatan selama beberapa hari, polis  tiba di rumah suspek dan kemudian menemukan mayat wanita itu di dalam sebuah bekas dan dia dipercayai meninggal dunia pada 26 September lalu.

Chavez-Blas dikatakan membantu abangnya itu membersihkan tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply