Isteri Nampak Sesuatu Di CCTV Rumah. ‘Ini’ Tindakan Suami Buat Ramai Respek | Sesiapa sahaja yang berdepan dengan gangguan misteri pastinya akan diselubungi dengan rasa takut dan cemas.

Isteri

Jika lemah semangat, gangguan selalunya akan menjadi lebih teruk hingga ada yang dirasuk dan meracau.

 

Akan tetapi lain pula dengan cerita dari salah seorang pengguna Twitter ni. Menurut beliau bukan dia sahaja yang berdepan dengan ‘gangguan’ tersebut, malahan makhluk itu turut menganggu isteri dan juga anaknya.

Menerusi perkongsian, isterinya berasa tidak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang berada di rumah mereka. Bahkan isterinya juga ternampak sesuatu melalui rakaman CCTV yang berada di kawasan bilik mereka.

Tidak tahan dengan gangguan tersebut, pemuda ini berasa marah dan terus menuju ke 4  penjuru kawasan rumah untuk melaungkan azan dan membaca beberapa ayat untuk menghalau makhluk tersebut.

Begitulah tindakan seorang suami untuk menjaga dan melindungi isteri serta anaknya. Menurut beliau lagi, jika dia yang melalui situasi tersebut sudah tentu dia turut berasa takut dan cemas. Akan tetapi jika ‘benda’ tersebut yang kacau isteri dan anaknya, perasaan takut itu akan bertukar jadi marah yang teramat sangat.

Menjengah di ruangan komen, ada yang bertanya si isteri nampak apa melalui rakaman CCTV tersebut. Beliau menjawab seperti ada orang tua yang sedang duduk di sebuah kerusi.

Sumber : Twitter

 

 

KMN

 

Share.

Leave A Reply