(Ada Video) Kenapa Makanan Yang Dibaca Ayat Ruqyah Mahal ? Bolehkah Perkara Ini Diniagakan? | Khalifah Media Networks – Dewasa ini, kelihatan semakin tumbuh bagai cendawan produk-produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagiannya.
Namun tidak dapat juga dinafikan bahawa berlakunya peningkatan dalam kesedaran orang ramai terhadap potensi besar sektor perubatan Islam yang dilihat sebagai alternatif kepada perubatan konvensional menyebabkan banyak pihak mengambil bahagian menawarkan perkhidmatan ini.
Sebagai strategi melariskan jualan, produk berkenaan dilabel dengan perkataan seperti dibacakan 30 juzuk al-Quran, dibaca ayat Ruqyah selain disebut sebagai makanan sunah.
Produk ini juga dijual dengan harga yang tinggi dan lebih mahal dari biasa. Dari air mineral, zam zam ia berkembang kepada minyak wangi, makanan, dan seterusnya. Mungkin kepada ayam, petrol, pen, kasut, komputer, rumah dan lain-lain.
Ditambah pula dengan testimoni mereka yang dikatakan sembuh kerana menggunakan produk berkenaan.
Secara etimologi syariat, ruqyah adalah doa dan bacaan yang mengandungi permintaan pertolongan dan perlindungan kepada Allah SWT. Untuk mencegah atau menghindarkan bala dan penyakit. Namun adakah amalan ini dibenarkan? Ikuti kupasan lanjut oleh Pu Azman berkenaan isu ini dengan lebih mendalam melalui video di bawah..
Baca artikel seterusnya….
Masjid Dan Surau Di Selangor Masih Kekal Solat Berjarak, Ikut SOP | Khalifah Media Networks – Kerajaan Selangor kekal dengan pendirian untuk solat berjarak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ketetapan dibuat pihak autoriti agama. Terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dinasihatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan.
Baca selanjutnya Di Sini..