Filipina: Angka Korban Taufan Rai Terus Meningkat | Angka korban Taufan Rai di Filipina meningkat kepada sekurang-kurang 12 mangsa, menurut agensi bencana negara ini, menurut laporan dari Aljazeera, baru-baru ini.
Selain pokok dan tiang elektrik tumbang serta perkampungan ditenggelami banjir, bencana alam itu yang dilaporkan sebagai taufan paling kuat melanda Filipina pada tahun ini, turut menyebabkan lebih 300,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan resort di pantai.
Menurut Aljazeera, beberapa kawasan terputus hubungan, manakala bumbung sejumlah bangunan pula tercabut ketika Taufan Rai membadai wilayah tengah dan selatan di negara ini.
Taufan kuat itu membawa angin kencang mencecah kelajuan 195 kilometer sejam ketika melanda Pulau Siargao, kelmarin.
Namun, agensi ramalan cuaca negara ini memaklumkan kelajuan angin itu menurun kepada 150 kilometer sejam, semalam.
Menurut Pengarah Eksekutif Agensi Bencana Nasional, Ricardo Jalad, beliau menyifatkan Pulau Siargao mengalami kerosakan yang agak teruk.
Setakat ini, beliau berkata, 12 individu maut akibat taufan itu yang turut melanda destinasi pelancongan popular, Pulau Palawan, selepas membadai Visayas dan Mindanao.
Katanya, tujuh lagi mangsa dilaporkan hilang dan dua mengalami kecederaan.
Sumber: Aljazeera