Seorang lelaki di Istanbul, Turki didakwa menyimbah rakan perempuannya yang nyenyak tidur dengan larutan asid gara-gara mangsa menolak godaan romantiknya. Kejadian berkenaan menyebabkan mangsa buta dan melecur teruk.

Bengang Cinta Ditolak, Lelaki Simbah Larutan Asid

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mehmet Yildiz dipercayai menyerang Yasemin Uzuncelebi ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Avcilar, Istanbul sehingga menyebabkan mangsa terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketika sesi pendengaran kes oleh Mahkamah Turki, sebelum kejadian malang itu berlaku Yildiz dikatakan telah merancang untuk menutup injap air rumah dan mengosongkan air dalam jag serta ruang penyimpan lain kerana ingin mangsa tidak dapat membasuh muka daripada terkena larutan tersebut.

Suspek dikatakan memasuki rumah mangsa dengan menggunakan kunci yang diberikan kepadanya lalu menyimbah larutan asid kepada mangsa yang sedang tidur ketika itu.

Difahamkan, mereka pernah berkawan sebelum ini, namun hubungan menjadi keruh selepas mangsa dikatakan menolak cinta lelaki berusia 30 tahun itu.

Dalam pada itu, peguam Uzuncelebi menyatakan bahawa doktor menyifatkan kecederaan anak guamnya itu sebagai paling teruk yang pernah mereka lihat. Lima bulan kemudian, mangsa masih menggunakan alat bantuan hayat.

Susulan daripada kejadian berkenaan, adik mangsa mendakwa katil yang ditiduri oleh kakaknya ketika kejadian itu ‘cair sepenuhnya’.

Saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata. Kami menuntut agar tertuduh dihukum. Penyeksaan kakak saya akan berterusan selama bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun, Pejabat Ketua Pendakwa Raya pinggir bandar Kucukcekmece menggesa agar pihak mahkamah menjatuhkan hukuman 13 hingga 20 tahun ke atas tertuduh kerana cuba membunuh dengan prejudis berhubung serangan itu.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply