Pergolakan antara Rusia dan Ukraine ini dilihat masih tiada jalan penyelesaiannya. Serangan demi serangan telah dikenakan ke atas Ukraine yang turut menyebabkan jumlah kematian semakin meningkat ekoran serangan itu.

Perang Rusia Ukraine, Bekas Ratu Cantik Ukraine Turut 'Turun Padang'

Namun Ukraine tidak pernah mengalah. Mereka malah lebih kuat dan cekal untuk mempertahankan negara tercinta.

Begitu juga dengan bekas ratu cantik Ukraine ini. Anastasia Lenna dilapor menyertai pasukan tentera negaranya demi melawan Russia.

Menurut New York Post, Anastasia pernah memenangi pertandingan ratu cantik di sana pada tahun 2015. Menjadi seorang bekas ratu cantik tidak menghalangnya daripada melibatkan diri dalam mempertahankan tanah airnya.

Menerusi laman Instagram Anastasia, dia ada berkongsi beberapa posting yang menunjukkan semangat patriotiknya terhadap negara.

“Sesiapa sahaja melintasi sempadan Ukraine dengan niat untuk menawan negara kami, kami akan bunuh,” tulis kapsyen posting tersebut.

Perjuangan Anastasia tidak terhenti setakat itu sahaja. Dia turut dilapor membuat beberapa posting lain di Instagram dengan menyeru para pengikutnya untuk membuat sumbangan dana kepada tentera-tentera Ukraine.

Dalam pada itu, bekas ratu cantik itu sempat berkongsikan gambar dia yang sedang memegang senapang airsoft dan sedang berpakaian tentera yang menunjukkan bahawa dia bersedia untuk berkhidmat demi negara.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply