Hanya kerana didakwa sudah menopaus (putus haid), seorang wanita di Essex, London dipecat dari pekerjaan oleh majikan lelakinya serta diberi pampasan sebanyak 20,057.74 pound sterling (RM114,164).

Wanita Terima Pampasan Sebanyak RM114,164. Dipecat Majikan Kerana 'Menopaus'

Menerusi laporan BBC, wanita berkenaan dikenali sebagai Leigh Best dipecat sebagai pembantu jualan di kedai makanan haiwan peliharaan, Embark on Raw selepas membangkitkan isu keselamatan Covid-19.

Wanita berusia 54 tahun itu mendakwa bahawa dia diganggu oleh majikannya itu hanya kerana umur dan jantinanya sehingga menyebabkan dirinya berasa malu serta terhina.

Dalam pada itu, Tribunal pekerja di London Timur memutuskan wanita berkenaan diberikan pampasan sebanyak 20,057.74 pound sterling (RM114,164) termasuklah 680 pound sterling (RM3,870) untuk kehilangan gaji, 10,000 pound sterling (RM56,919) berhubung dengan kerugian menyalahi undang-undang dan 4,000 pound sterling (RM22,767) sebagai pampasan untuk gangguan serta penganiayaan.

Wanita berkenaan telah bekerja di syarikat tersebut dari 29 Januari hingga 11 Mei 2020 dan pengarah syarikat itu adalah sepasang suami isteri, David dan Andrea Fletcher.

Dalam pada itu, perbicaraan di tribunal mendengar Fletcher menjerit mengatakan wanita tersebut pasti sudah menopaus pada 20 Mac 2020 ketika bertengkar mengenai arahan keselamatan Covid-19.

Dia mesti menopaus.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply