Pesawat Terhempas, 133 Penumpang Termasuk Kru Dikhuatiri Maut | BEIJING : Sebuah jet penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines membawa 133 penumpang dan kru terhempas di barat daya China dan mencetuskan ‘gunung api’.
Manakala angka kematian masih belum diketahui, lapor stesen penyiaran rasmi, CCTV hari ini.
Pesawat jenis Boeing 737 itu terhempas di sebuah kawasan pedalaman dekat bandar Wuzhou, rantau Guangxi dan mencetuskan ‘api setinggi gunung’, kata CCTV yang memetik kenyataan biro pengurusan kecemasan tempatan.
Menurut laporan berkenaan, pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian.
CCTV menyatakan, sebuah pesawat Boeing 737 China Eastern membawa 133 orang telah terhempas di daerah Teng dan mencetuskan api setinggi gunung
Media tempatan pula melaporkan bahawa Penerbangan MU5735 milik China Eastern gagal tiba ke destinasinya di Guangzhou selepas berlepas dari bandar Kunming sejurus selepas pukul 1 tengah hari ini (waktu tempatan).
Pihak China Eastern masih belum mengulas berhubung nahas tersebut setakat ini. – AFP
Sumber : Kosmo!