Sebuah penjara di England menarik perhatian kerana menyediakan kemudahan yang cukup lengkap dan mewah kepada banduan.

Kemudahan Mewah Disediakan Untuk Banduan Belia Di Penjara England

Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti kemudahan sofa, TV serta alatan muzik.

Memetik laporan The Sun, penjara HMP Cookham Wood di Rochester, Kent ini menempatkan banduan muda berstatus belia yang berumur diantara 15 hingga 18 tahun.

Ramai banduan dipenjara kerana jenayah kekerasan dan kesalahan dadah tetapi mereka mungkin tidak berasa terlalu janggal.

Hal ini kerana, kemudahan yang disediakan membuatkan mereka seperti berada di rumah sendiri.

Buat banduan yang berkelakuan baik, mereka juga turut disediakan ruang rehat.

“Ini jauh dari penjara lama yang anda boleh dapatkan.

“Dengan harapan, dengan melayan banduan dengan lebih baik, mereka akan berubah ke jalan yang benar.

Malah, kemudahan bilik persatuan juga dilengkapi dengan pemain DVD, enam gitar elektrik dan akustik dan dinding bercorak segitiga yang bergaya.

Pada awalnya, Cookham Wood merupakan penjara wanita dan menempatkan banduan kejam Myra Hindley yang terkenal menerusi kes pembunuhan terkenal ‘Moors Murders’.

Namun, penjara itu telah ditukar kepada penjara banduan lelaki muda pada 2007.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply