Penulis Buku Ditahan Hina Nabi Muhammad Di Facebook | Khalifah Media Networks – KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah. Iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam, pada jam 11.15 pagi, hari ini.
“Kita turut merampas satu telefon bimbit jenama iPhone XR berserta kad sim. Dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu, pada Khamis lalu.
“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Abd Jalil berkata, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman. Mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Abd Jalil juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Perkara ini boleh menjejaskan siasatan serta tidak menyentuh sensitiviti agama serta kaum.
SUMBER : Berita Harian
Tular Pintu Kaabah Terbuka Sendiri, Akhirnya Pihak Berwajib Tampil Beri Penjelasan | Khalifah Media Networks – Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pintu kaabah terbuka secara automatik dan jin serta malaikat sedang menunaikan solat di dalamnya.
Bagaimanapun, video ‘keajaiban’ itu telah disahkan palsu dan disebarkan untuk mengelirukan orang ramai, lapor The Islamic Information.
Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais. Video itu palsu dan video ini sebenarnya dirakam oleh orang tersebut pada bulan Ramadan yang lalu.
Baca selanjutnya Di Sini…