Seorang ibu muda dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengeluarkan baju sewaktu mesin basuh sedang berputar.

Nasib Malang, Wanita MAUT Ketika Basuh Baju. Puncanya Mengerikan!

Menurut Daily Star, kejadian tragis tersebut berlaku pada minggu lalu di rumahnya di Juazeiro, timur laut Brazil.

Pada awalnya, mangsa yang dikenali sebagai Viviane Rodrigues mengalami renjatan elektrik apabila memasukkan tangannya ke dalam mesin basuh untuk mengambil pakaian.

Mangsa yang berusia 20 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di unit kecemasan.

Sementara itu, mayatnya telah dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun selepas selesai dibedah siasat.

Difahamkan, wanita tersebut meninggalkan suami dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.

Menurut laporan, kejadian seperti ini bukan pertama kali pernah berlaku.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak di Christchurch, New Zealand disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam mesin basuh yang dihidupkan.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply