Disebalik kesibukan kota serta bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur, tak sangka terselit tempat menarik untuk golongan yang meminati fotografi.
Tempat seni ini mempunyai tarikan tersendiri malah percuma untuk dilawati oleh semua pengunjung.
Tempat ini diberi nama Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang terletak di 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur.
Lebih menarik lagi, Lalaport ini dibina di atas tapak penjara terkenal iaitu Penjara Pudu malah pintu masuk penjara itu juga masih dikekalkan.
Lalaport merupakan pusat membeli-belah yang berasal dari Jepun serta menampilkan pelbagai jenama terkemuka dari Jepun.
Selain itu, pengunjung boleh bersantai di Central Rooftop Garden yang berkeluasan 1,700 meter persegi serta dikelilingi dengan kehijauan pokok.
Paling menarik, sambil membeli-belah, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah waktu malam di Lalaport Japan’s TeamLab yang terletak di Central Rooftop Garden.
Tempat ini diletakkan dengan tema ‘Resonating Microcosms- Liquified Light Color, Sunrise and Sunset’.
Tema ini membolehkan ia berubah menjadi sejumlah 57 warna Liquified Light yang cantik serta menarik.
Dengan tarikan lampu yang cantik, sangat sesuai untuk golongan ‘OOTD’ untuk bergambar serta menikmati momen indah di sini.
Jadi, kalau anda datang membeli-belah di Lalaport, jangan lupa singgah juga ke Lalaport TeamLab ini.
Sumber: Twitter Jalan-Jalan Cuti Santai