Lelaki Der@ Anak Teman Wanita Sehingga M@ti | Laman berita Suara.com melaporkan bahawa seorang lelaki di Indonesia didakwa mendera anak teman wanitanya yang berusia empat tahun sehingga meninggal dunia kerana mangsa kerap menangis.
Randi Pebriansah memukul anak Amelia, 20, yang bernama MA dalam kejadian di Batam, Kepulauan Riau pada Khamis lalu.
Betty Novia, Ketua Polis Sei Beduk menyatakan bahawa kecurigaan keluarga ibu mangsa menjadi permulaan kepada pendedahan kes penderaan ini.
Pada awalnya, keluarga ibu mangsa mendapat berita mengenai kematian MA dan meminta jenazah kanak-kanak itu dibawa ke Tanjung Riau, Sekupang untuk dikebumikan. Bagaimanapun, mereka menemui sesuatu yang aneh pada jenazah budak itu.
Betty juga menjelaskan bahawa keluarga itu melihat mayat MA dalam keadaan kematian yang luar biasa dengan kesan bengkak di dahi dan lebam di beberapa bahagian badan.
Menurut Amelia, dia meminta Rendi menjaga anaknya ketika dia bekerja. Sebelum MA meninggal dunia, dia dimaklumkan oleh lelaki itu bahawa anaknya berada dalam keadaan yang lemah.
Amelia kemudian membawa anaknya ke Pusat Kesihatan Sei Pancur untuk menerima rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di sana.
Beliau bertambah lagi bahawa akibat desakan keluarga, ibu mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis. Hasil siasatan mendapati kesan dera di tubuh MA telah dilakukan oleh Randi.
Rendi didakwa mendera MA kerana budak itu sering menangis. Dia telah memukul, mencekik dan melempar budak itu untuk mendiamkannya.
Rendi berkata, dia geram kerana MA masih menangis walaupun dia cuba menenangkannya. Setelah MA lemah dan tidak berdaya, dia terus menelefon Amelia untuk dibawa ke hospital.
Rendi kini ditahan di Balai Polis Sei Beduk.
Sumber: Kosmo
Artikel Menarik untuk dibaca:
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila bayi tersayang meninggal di dunia setelah dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak.
Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga yang tidak menyangka itulah adalah hari terakhir buatnya bermanja bersama anak tersayang.
Pada usia 6 bulan anak pergi menemui Ilahi setelah pihak hospital memberi pertolongan cemas.
Alfatihah buat Haura Najia Binti Mohd Kamaruddin Helsa, berumur 6 bulan meninggal dunia setelah 6 jam dibiarkan tanpa pengawasan pengasuh.
ronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi:
Terlalu rindu.. Mesti bby bahagia sgt di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6 BULAN .
Terima Kasih Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Hajah Kalsom Noordin yang telah melawat kami sekeluarga mlm td dan memberikan sokongan serta akan membantu keluarga saya mendapatkan keadilan utk bby sy yang meninggal dunia pada 29 Oktober 2022 di Taska
27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima pnggilan dari taska mengatakan bby Haura tidak sedarkan diri. Sy segera ke taska dn pihak taska memaklumkan telah bawa bby Haura ke klinik berdekatan dan dlm beberapa saat dimaklumkan bby sy dibawa ke Hospital Melaka.
Sy terus ke ETD Hospital Melaka dan bby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkn bby haura dtg dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit cpr diberikn nadi bby sy ada semula namun terlalu lemah.. Bby haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan ank saya 50-50 utk survive n andai survive tidak akan mnjadi bby haura yg dahulu. Bby sy diletakkan di bawah PICU.
Suami berjumpa n bertanya kepada penjaga bby apa yg berlaku di taska dan dia berkata jam. 10 lebih haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dr bilik bby. Dia masuk semula dan nmpk haura terlungkup tetapi tidak membetulkn kedudukan haura kerana nmpk haura mcm boleh bernafas. Dia masuk semula utk memandikan bby pada jam 4ptg dan tgk haura sudah tidak sedar kan diri..
Ya Allah bby haura sy di biarkan dr jam 10pg dn hanya dilihat pada jam 4 ptg shj.. Betapa struggle bby haura sy utk bernafas hgga bby sy pergi selamanya.. Allah… Allah..
Mlm 27 Oktober Pakar merawat memaklum bhw bby sy poor progress. Sy dan suami dibenarkan utk berada di PICU sentiasa.
28hb progress bby semakin menurun. Dalam jam 4 ptg pakar memaklumkan progress bby haura semakin tidak cntik dan memaklumkan buah pinggang bby sudah tidak well function. Organ2 bdn sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.
29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari bby haura kami telah menemui penciptanya.
Di sini sy dan suami dengan rendah diri mohon doa dr semua utk kami dapatkan keadilan utk bby kami dan juga utk bby2 yg lain.. Sy mengharapkn pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska2 lain.
AL FATIHAH untuk baby syurga saya.
Sumber : Nurul Fateha Sandollah, Keluarga