Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pihak pengurusan TikTok.

Ia berikutan dengan isu tiga klip video yang memberi amaran kepada pengguna bahawa tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 akan berulang.

SKMM turut menjelaskan bahawa tindakan itu dibuat untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana difahamkan klip berkenaan merupakan kandungan berbayar dari syarikat media sosial itu.

Penyebaran kandungan video yang berbaur provokasi dengan niat mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Ekoran itu, SKMM turut meminta orang ramai agar tidak berkongsikan mahupun menyebarkan video tersebut supaya ketenteraman rakyat majmuk di Malaysia dapat dikekalkan.

Peningkatan usaha dalam menyekat penyebaran klip berkenaan sedang dikuatkan oleh kedua-dua pihak (SKMM dan polis) agar ianya tidak mengundang ancaman kepada sesiapa.

Image

Image

Sumber : Oh Bulan

 

Share.

Leave A Reply