Ngeri, Wanita ‘Hilang’ Separuh Buah Pinggang | Seorang wanita terpaksa membuang separuh buah pinggangnya menerusi pembedahan kecemasan selepas mengalami sakit di bahagian perut, disebabkan menjalani sesi urutan kasar untuk menurunkan berat.
Oddity Central melaporkan bahawa wanita yang berusia 41 tahun itu dilaporkan ingin menurunkan berat badan dengan bantuan urutan. Oleh itu, dia telah mengunjungi sebuah spa yang terletak di Hangzhou di wilayah Zhejiang, China.
Semasa tukang urut tersebut mengurut, wanita itu hampir tidak dapat menahan sakit di bahagian perutnya dan memaklumkan kepada pengurut itu mengenainya.
Namun, tukang urut itu mendakwa rasa sakit tersebut datang berpunca daripada lemak yang ‘meninggalkan’ badannya.
Wanita itu hanya mempercayai apa yang didengari dan terpaksa menahan sakit dengan mengetap gigi sepanjang sesi urutan berjalan.
Tetapi sakit di perutnya menjadi lebih teruk selepas dia pulang ke rumah. Beberapa jam selepas urutan penurunan berat badan dilakukan, wanita pertengahan umur itu mula mengalami gejala seperti muntah dan cirit-birit.
Kemudian, keluarganya telah membawanya ke hospital di daerahnya dan difahamkan ketika itu dia berada dalam keadaan separuh koma.
Doktor kemudian melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) ke atas perutnya dan mendapati angiomiolipoma di buah pinggang kiri wanita itu pecah.
Angiomiolipoma buah pinggang adalah tumor ‘jinak’ dalam buah pinggang yang biasanya tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak mendatangkan sebarang bahaya.
Tindakan biasa selepas penemuannya adalah pengawasan aktif untuk memastikan tumor tersebut tidak tumbuh atau mula berdarah.
Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor membuat kesimpulan bahawa berdasarkan saiznya, tumor itu tidak akan mengganggu wanita tersebut namun sesi mengurut itu sangat kasar sehingga pertumbuhan berkenaan pecah menyebabkan pendarahan teruk.
Doktor memutuskan untuk menjalankan pembedahan membuang tumor itu dan akibatnya, separuh daripada buah pinggangnya tidak dapat menjalankan fungsi normalnya.
Wanita tersebut dilaporkan masih dalam pemerhatian di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Hangzhou.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
NGERI! Kanak-kanak Perempuan Tertusuk Batang Besi Dari Tekak Hingga Mulut
Seorang kanak-kanak perempuan di India terselamat, selepas terbabit kemalangan di tapak bangunan yang menyebabkan batang besi menembusi dari tekak hingga ke mulutnya, baru-baru ini.
Kanak-kanak berusia lapan tahun dikenali sebagai Taiba itu bermain di perkampungan Bhulanpur, di daerah Kheri di Uttar Pradesh, India, apabila dia terjatuh di atas batang besi.
Pakar bedah mengambil masa 35 minit untuk mengeluarkan batang besi berkenaan dari mulutnya dengan berhati-hati.
Besi itu bagaimanapun tidak mengena saraf penting atau saluran darah ke otak mangsa dan dia masih boleh bercakap dalam masa lapan jam.
Menerusi laporan antarabangsa, dia kini sudah berada di rumah dan dijangka pulih sepenuhnya.
Dr Rajkumar Koli, yang mengetuai pembedahan itu berkata, ia adalah kes paling menyedihkan yang (pernah) ditemui dalam kerjayanya.
Ketika kejadian, batang besi itu menembusi rahang bawah budak itu dan keluar dari mulutnya, sebelum kanak-kanak lain berlari untuk mendapatkan bantuan daripada keluarganya.
Mereka memotong sebahagian batang besi itu dan membawa budak itu ke hospital daerah terdekat, terletak 15 kilometer jauhnya di Motipur.
Dr Koli berkata, memandangkan kanak-kanak itu kritikal, beliau dipanggil untuk melakukan pembedahan kecemasan.
Tambahnya, beliau memeriksa nadi pesakit dan memahami bahayanya, memberitahu ibu bapa kanak-kanak itu untuk membawanya ke Kolej Perubatan Lucknow (terletak) kira-kira 140 kilometer jauhnya.
Ujarnya, tetapi ibu bapa tidak berada dalam kedudukan untuk membawa kanak-kanak itu sejauh itu, dan memintanya menjalankan pembedahan.
Katanya, ia adalah situasi yang mencabar kerana kemudahan sinar-X di hospital daerah tidak tersedia selepas jam 5 petang.
Beliau difahamkan kemudian segera memaklumkan kepada pakar bius untuk menggunakan bius setempat dan memulakan pembedahan bagi menyelamatkan saluran darah utama.
Dr Koli menjelaskan bahawa batang itu tersangkut dengan kuat, dan untuk melonggarkan terpaksa membuat potongan satu sentimeter dan menarik batang itu keluar perlahan-lahan. Prosedur itu hanya mengambil masa kira-kira 35 minit.
Doktor kata, lebih bernasib baik batang besi itu tidak tersangkut di salur darah ke otak dan tekak.
Jelasnya lagi, selepas tiga hari, pesakit dibenarkan keluar wad.
Sumber: Harian Metro