Doktor Terkejut Perut Lelaki Ini Penuh Dengan Duit Syiling | Sepasukan doktor di India menemui satu kes perubatan jarang jumpa selepas berjaya mengeluarkan 187 keping syiling dari perut seorang lelaki.

Duit syiling itu mempunyai berat keseluruhan 1.5 kilogram ditemukan dalam perut pesakit berusia 58 tahun yang turut mengalami masalah psikiatri.

Dr Eshwar Kalaburgi, salah seorang doktor di Hospital HSK di Bengaluru berkata, lelaki itu muntah-muntah dan mengadu sakit perut sebelum pihaknya melakukan endoskopi dan mengeluarkan syiling itu.

Katanya, lelaki itu yang menghidap skizofrenia dikesan menelan 187 keping syiling dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu.

Beliau berkata dalam kes ini, pesakit tidak menyedari apa yang mereka lakukan.

Beliau juga berkata kepada agensi berita ANI bahawa ini adalah kes yang jarang berlaku dan kes pertama beliau sepanjang 40 tahun berkhidmat.

Beliau berkata, pembedahan bagi mengeluarkan semua syiling dari perut lelaki itu mengambil masa lebih dua jam.

Perut mengembang dengan sangat besar dan banyak syiling tersangkut di bahagian berbeza di dalam perut.

Beliau bertambah lagi, pesakit itu bernasib baik semua syiling itu berjaya dikeluarkan dan dia dilaporkan stabil selepas pembedahan.

Berdasarkan laporan Jurnal Psikiatri India 2017, kadar skizofrenia di India mencecah dua hingga tiga bagi setiap 1,000 penduduk.

Laporan itu berkata, faktor kekangan sumber, kemiskinan, kekurangan pendidikan dan akses yang tidak mencukupi dalam aspek penjagaan kesihatan di India menjadikan masalah menyediakan penjagaan untuk pesakit terbabit, menjadi sukar.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Doktor Keluarkan Tumor Sebesar ‘Kelapa’ Dari Leher Petani

Doktor Keluarkan Tumor Sebesar ‘Kelapa’ Dari Leher Petani | Menurut laporan, doktor mengeluarkan tumor sebesar ‘saiz kelapa’ daripada leher seorang lelaki yang berusia 72 tahun dari Bihar, India.

Surgery isn't always the best option, and the decision shouldn't just lie with the doctor

Menurut kenyataan dari hospital di Delhi, Portal Independent melaporkan bahawa petani yang tidak dikenali dari daerah Begusarai di Bihar, utara India itu menghadapi kesukaran bernafas dan hanya mampu menelan makanan sejak enam bulan lalu.

Media tempatan melaporkan, apabila keadaannya bertambah buruk, dia dibawa dari Bihar ke Jabatan Otorinolaringologi (ENT) dan pembedahan Hospital Sir Ganga Ram bulan lalu.

Dr Sangeet Agarwal, konsultan pembedahan otak dan leher di hospital itu berkata, Selama beberapa tahun lalu, beliau mengendalikan lebih 250 kes tumor tiroid yang besar seperti itu tetapi ini adalah kes yang unik dari segi berat dan saiz.

Dr Sangeet juga menyatakan bahawa kelenjar tiroid berbentuk rama-rama biasa, yang biasanya mempunyai berat 10 hingga 15 gram dan bersaiz tiga hingga empat sentimeter (sm) menjadi lebih besar daripada kelapa dengan saiz 18 hingga 20 sm.

Doktor di hospital yang menjalankan pembedahan ke atas petani itu berkata, cabaran terbesar ialah menyelamatkan peti suara pesakit ketika membuang tumor.

Dr Agarwal berkata, saraf pita suara dua hala lelaki itu berjaya diselamatkan.

Doktor juga bertambah, trakea (salur angin) dimampatkan kerana teknik khas untuk bius terpaksa digunakan.

Beliau juga mencerita lagi, dalam jenis tumor besar seperti itu, pemeliharaan kalsium dan mengekalkan kelenjar paratiroid juga adalah cabaran besar.

Dengan akhir kata, Dr Agarwal menyatakan dalam kenyataan itu, mereka berjaya memelihara empat kelenjar paratiroid dengan jayanya.

Laporan juga menyatakan pembedahan itu mengambil masa selama tiga jam.

Sebelum ini, pada 2019, hospital yang sama di Delhi mengeluarkan buah pinggang seberat 7.4 kilogram bersamaan dua bayi yang baru lahir daripada seorang pesakit.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply