Pesakit Matikan Mesin Ventilator Rakan Sebilik | Seorang wanita berusia 72 tahun ditahan selepas dia didakwa mematikan mesin ventilator rakan sebilik hospitalnya sebanyak dua kali kerana marah dengan bunyi yang dikeluarkan oleh alat bantuan pernafasan tersebut, lapor portal berita MailOnline.
Menurut pihak berkuasa Jerman, warga emas itu berdepan hukuman penjara kerana disyaki melakukan cubaan membunuh. Insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di Mannheim, barat daya Jerman, petang Selasa lalu.
Polis dan pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa suspek mematikan alat pernafasan wanita berusia 79 tahun itu. Walaupun diberitahu oleh kakitangan hospital bahawa mesin ventilator itu penting untuk pesakit, dia mengulangi perbuatan tersebut pada seĀbelah petang.
Pesakit wanita berusia 79 tahun itu bergantung hidup kepada bekalan oksigen, kata polis dan pendakwa raya.
Suspek telah dibawa ke hadapan seorang hakim pada Rabu lalu dan kemudian dihantar ke penjara.
Mesin ventilator digunakan untuk mengepam oksigen ke dalam paru-paru pesakit bagi membolehkannya bernafas dan menjadi alat penting untuk menyelamatkan nyawa semasa pandemik Covid-19 yang mengakibatkan lebih enam juta orang terkorban.
Pihak penjagaan kesihatan antarabangsa melaporkan terdapat kira-kira 25,000 pesakit Jerman yang terpaksa menggunakan ventilator di seluruh negara itu.
Sumber: Kosmo
Artikel Lain
KANTOI! Wanita ‘Rembat’ Order Foodpanda Di Hospital. Ini PENDEDAHANNYA
Kini, masalah sindiket penipuan atau scam bukan hanya melibatkan wang ringgit sahaja malah, ada juga golongan yang mengambil kesempatan dalam bentuk lain asalkan dapat memuaskan hatinya.
Menurut mStar Online, baru-baru ini seorang individu berkongsi cerita mengenai seorang wanita yang licik melakukan scam di sebuah hospital di Perak.
Difahamkan, wanita itu tergamak mencuri makanan milik orang lain yang sudah dipesan.
Malah, makanan itu telah pun dibayar melalui aplikasi penghantaran makanan.
Modus operandi iaitu mengambil makanan yang dipesan oleh mangsa daripada Foodpanda.
Kemudian, apabila rider sampai di hospital, scammer sudah tunggu di depan tempat penghantaran.
Lalu, cuba mengaku sebagai pemesan makanan yang mana bayaran sudah dibuat secara online.
“Apabila mangsa turun untuk ambil makanan, rider tersebut sudah pergi.
“Mangsa menelefon rider dan dimaklumkan sudah ada penerima yang mengaku sebagai nama pemesan,” dakwa individu tersebut dalam satu perkongsian di Facebook.
Bercerita lanjut, mangsa sudah memesan makanan bernilai lebih daripada RM100 namun tidak diterimanya dalam kejadian pada pagi Ahad lalu.
Pengawal keselamatan mencari wanita itu di dalam hospital apabila diberitahu ciri-ciri wanita itu oleh rider tersebut.
Akhirnya, wanita itu ditemui di dalam sebuah wad, malah makanan tersebut sudah pun dimakan dengan muka yang tidak bersalah.
“Dan perkataan amat kurang ajar, tak ada…sama naik pesakit dan penjaganya, tak ada minta maaf.
“Ayat terakhir dari scammer ‘pergi blah dengan kau punya halal’. Baki makanan tinggal empat bungkus terletak atas lantas,” katanya.
Rata-rata warganet meluahkan kemarahan dan mempersoalkan tindakan wanita terbabit mengenai halal haram yang perlu ditanggung kerana mencuri makanan hak orang lain.
“Muka tak tahu malu. Sanggup makan makanan hak orang, kalau tuan empunya badan cakap tak halal, tanggunglah! Benda nak jadi darah daging.
“Mak aku warded pun aku serba salah nak makan makanan dia. Yang ini pula selamba saja makan makanan orang order dari luar. Cara makan dengan kaki kat atas pula tu.
“Siapa yang kenal budak tu tolong nasihat sikit. Nak suruh mak cepat sihat, buat perangai elok-elok sikit. Jangan lupa nasihatkan mak tu sama,” itu antara komen yang ditinggalkan netizen.
Sumber: Oh My Media