Seorang penyokong England mengejutkan dunia sejurus kemenangan 3-0 pasukannya ketika menentang Senegal dalam perlawanan Piala Dunia di Qatar pada Isnin malam.
Ketika ditemubual oleh wartawan Israel yang disiarkan secara langsung, Harry Hatton, 23, menjerit sesuatu yang tidak disangka-sangka ketika ditanya sama ada Piala Dunia yang berprestij itu akan menjadi milik England.
“Sudah tentu, tetapi apa yang lebih penting, bebaskan Palestin (Free Palestine),” soraknya.
Wartawan terbabit dilihat menggelengkan kepala kerana kecewa dengan sorakan Hatton dan tiga rakannya – yang semuanya memakai baju England – bersorak untuk Palestin.
Sorakan itu dilakukan bagi memberi sokongan ke atas Palestin, negara yang masih dijajah oleh Israel.
Aksi Hatton dan rakan-rakannya mendapat sambutan daripada pengguna media sosial, yang rata-ratanya memuji sokongan mereka terhadap Palestin.
Hatton menerusi laman Twitter menulis: “Terima kasih semua. Saya tidak sempurna. Saya melakukan kesilapan. Semoga kita semua dapat maju bersama-sama dan saya gembira dapat memainkan peranan kecil untuk mengetengahkan isu ini.”
Sementara itu, wartawan terbabit, Tal Shorrer mendakwa, dia kononnya telah ditolak dan dihina oleh rakyat Palestin serta penyokong Arab lain semasa membuat liputan secara langsung dalam kejohanan itu.
Sebelum Piala Dunia bermula, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa, penyokong Palestin dan Israel dibenarkan melakukan penerbangan dari Tel Aviv terus ke Qatar buat kali pertama, bagi menyaksikan kejohanan tersebut.
Namun, Qatar – yang memberi sokongan kepada Palestin menegaskan bahawa, kebenaran laluan sementara kepada Israel adalah semata-mata bagi memenuhi keperluan FIFA dan bukannya langkah untuk mengadakan hubungan normalisasi.
Kerajaan Qatar juga memberi amaran kepada Israel bahawa, sebarang bentuk keganasan di Baitulmaqdis, Gaza atau Tebing Barat yang diduduki pada masa ini akan mengakibatkan pembatalan perjanjian termasuk penerbangan secara terus.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Misi Kemanusiaan PaIestln Berjalan Dengan Lancar, Ebit Lew Bakal Pulang Ke Malaysia | Seorang pendakwah dan aktivis terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew dilaporkan kini telah berjaya menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin seterusnya bakal pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan bahawa misi kemanusiaan yang telah dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew serta delegasinya telah berjalan dengan lancar malah turut beliau turut memberi perkembangan ketika menjalankan misi tersebut.
Jelasnya, ketika Ustaz Ebit Lew menjalankan misi berkenaan, beliau sering berkomunkasi dengannya untuk memantau perkembangan misi berkenaan selain menyifatkan bahawa misi tersebut telah berjaya dan berjalan dengan lancar selain membantau untuk rakyat Malaysia mengetahui kejadian sebenar yang berlaku di sana.
Hishamuddin turut memberitahu bahawa berkemungkinan Ustaz Ebit Lew bersama delegasinya bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi selain turut dipantau dari dekat.
Segala maklumat berkenaan misi tersebut juga bakal dimaklumkan kepada khalayak umum tidak lama lagi selain misi tersebut akan dikongsi dari semasa ke semasa.
Hal ini telah disampaikan sendiri oleh Hishamuddin ketika satu sidang media secara atas talian menerusi Awani selepas pelancaran kempen Humanitarian Aid Fundraising From Malaysia, For Palestin yang juga memaklumkan pihaknya sempat bertanya maklum balas daripada delegasi berkenaan mengenai bantuan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Palestin ketika ini.
Jelasnya, gerakan yang dijalankan adalah ikhlas dan tidak ada kepentingan lain kerana usaha sebegini sudah tentu pihak Kementerian Luar Negeri tidak teragak-agak untuk terus memberikan bantuan.
Sebelum ini, media telah melaporkan bahawa Ebit Lew telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Sumber: KMN