Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

SEREMBAN – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson, kelmarin.

Tertuduh P.Manoharan, 50, yang hadir dalam keadaan kaki luka akibat terjatuh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Salleh.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jawin Kaur memohon satu tarikh untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Mengikut pertuduhan, Manoharan didakwa telah melakukan khianat iaitu merosakkan skrin mesin ATM dengan menumbuk mesin tersebut di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson pada pukul 11.10 pagi, 9 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding kes, tertuduh memohon hukuman yang ringan dan memberitahu mesin ATM itu tidak mengeluarkan duit.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 8 Februari depan untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Guru Curi Kad ATM, Rompak Wang Rakan | Dua orang guru wanita di Lampung Timur ditahan polis selepas bertindak mencuri kad mesin juruwang automatik (ATM) rakan sekerja mereka di sekolah dan merompak wang simpanan mangsa berjumlah 50 juta rupiah (RM14,085).

Ketua Polis Daerah Lampung Timur,  Zaky Alkazar Nasution mengesahkan kedua-dua suspek bekerja sebagai guru di Kampung Ratna Daya, Daerah Raman Utara.

 Zaky yang dihubungi dari Bandar Lampung menyatakan bahawa kedua-dua suspek mencuri wang milik mangsa yang sebenarnya masih rakan sekerja mereka di sekolah yang sama.

Berdasarkan pemeriksaan awal, perbuatan memalukan itu bermula apabila kedua-dua suspek mencuri kad ATM milik mangsa di bilik guru pada Disember 2022.

Mangsa hanya menyedari kad ATM dan kertas rekod nombor pinnya hilang ketika hendak mengambil wang dan selepas melaporkan kepada bank, didapati wang simpanannya lesap.

Suspek mencuri kad ATM di dalam dompet mangsa. Selain itu, suspek juga tahu mangsa menulis nombor pin kad ATM pada sehelai kertas dan mereka turut mengambil kertas itu.

Zaky menjelas selepas itu, mereka mengeluarkan kesemua wang simpanan mangsa melalui mesin pengeluaran tunai di  sebuah cawangan bank di Kampung Kedaton di Daerah Batanghari Nuban.

Berdasarkan pemeriksaan awal, perbuatan memalukan itu bermula apabila kedua-dua suspek mencuri kad ATM milik mangsa di bilik guru pada Disember 2022.

Mangsa hanya menyedari kad ATM dan kertas rekod nombor pinnya hilang ketika hendak mengambil wang dan selepas melaporkan kepada bank, didapati wang simpanannya lesap.

Suspek mencuri kad ATM di dalam dompet mangsa. Selain itu, suspek juga tahu mangsa menulis nombor pin kad ATM pada sehelai kertas dan mereka turut mengambil kertas itu.

Kedua-dua suspek berjaya ditahan awal pagi kelmarin dan bakal berdepan hukuman maksimum penjara selama tujuh tahun.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply