SEREMBAN – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson, kelmarin.
Tertuduh P.Manoharan, 50, yang hadir dalam keadaan kaki luka akibat terjatuh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Salleh.
Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jawin Kaur memohon satu tarikh untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.
Mengikut pertuduhan, Manoharan didakwa telah melakukan khianat iaitu merosakkan skrin mesin ATM dengan menumbuk mesin tersebut di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson pada pukul 11.10 pagi, 9 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu dalam prosiding kes, tertuduh memohon hukuman yang ringan dan memberitahu mesin ATM itu tidak mengeluarkan duit.
Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 8 Februari depan untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Guru Curi Kad ATM, Rompak Wang Rakan | Dua orang guru wanita di Lampung Timur ditahan polis selepas bertindak mencuri kad mesin juruwang automatik (ATM) rakan sekerja mereka di sekolah dan merompak wang simpanan mangsa berjumlah 50 juta rupiah (RM14,085).
Ketua Polis Daerah Lampung Timur, Zaky Alkazar Nasution mengesahkan kedua-dua suspek bekerja sebagai guru di Kampung Ratna Daya, Daerah Raman Utara.
Zaky yang dihubungi dari Bandar Lampung menyatakan bahawa kedua-dua suspek mencuri wang milik mangsa yang sebenarnya masih rakan sekerja mereka di sekolah yang sama.
Berdasarkan pemeriksaan awal, perbuatan memalukan itu bermula apabila kedua-dua suspek mencuri kad ATM milik mangsa di bilik guru pada Disember 2022.
Mangsa hanya menyedari kad ATM dan kertas rekod nombor pinnya hilang ketika hendak mengambil wang dan selepas melaporkan kepada bank, didapati wang simpanannya lesap.
Suspek mencuri kad ATM di dalam dompet mangsa. Selain itu, suspek juga tahu mangsa menulis nombor pin kad ATM pada sehelai kertas dan mereka turut mengambil kertas itu.
Zaky menjelas selepas itu, mereka mengeluarkan kesemua wang simpanan mangsa melalui mesin pengeluaran tunai di sebuah cawangan bank di Kampung Kedaton di Daerah Batanghari Nuban.
Berdasarkan pemeriksaan awal, perbuatan memalukan itu bermula apabila kedua-dua suspek mencuri kad ATM milik mangsa di bilik guru pada Disember 2022.
Mangsa hanya menyedari kad ATM dan kertas rekod nombor pinnya hilang ketika hendak mengambil wang dan selepas melaporkan kepada bank, didapati wang simpanannya lesap.
Suspek mencuri kad ATM di dalam dompet mangsa. Selain itu, suspek juga tahu mangsa menulis nombor pin kad ATM pada sehelai kertas dan mereka turut mengambil kertas itu.
Kedua-dua suspek berjaya ditahan awal pagi kelmarin dan bakal berdepan hukuman maksimum penjara selama tujuh tahun.
Sumber: KMN