Pandu Kereta Rempuh Lobi | Lelaki membuat onar apabila merempuh lobi hotel di Lujiazui, dengan kenderaan dipandunya, baru-baru ini.

TANGKAP layar daripada video tular insiden berkenaan.

Portal NextShark melaporkan, lelaki berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Chen itu bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan kakitangan hotel berhubung komputer ribanya yang hilang.

Dia kemudian memandu secara melulu di sekitar lobi, pada pagi Selasa.

Kejadian itu sempat dirakam dengan beberapa video dimuat naik di media sosial.

Dalam rakaman itu, pemandu terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dilihat merempuh pintu masuk hotel, sebelum memasuki lobi.

Lelaki itu kemudiannya cuba untuk memandu keluar menerusi pintu masuk tetapi gagal berbuat demikian.

Kakitangan hotel dan saksi kejadian kemudian dilihat memukul kenderaan dan menjerit ke arah Chen dan mengarahkannya supaya keluar dari kereta.

“Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan?”

Kakitangan menjerit menerusi rakaman video bahawa ‘adakah awak gila’.

Menurut polis tempatan, Chen sebelum itu bertengkar dengan kakitangan kerana komputer ribanya hilang semasa berada di hotel itu.

Kakitangan hotel berkata, komputer riba itu dicuri dan kemudian ditemukan di luar hotel.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Susulan kejadian, polis menahan Chen untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Pengawal Keselamatan Cedera, Kereta Rempuh Masuk Pasar Raya

Pengawal Keselamatan Cedera, Kereta Rempuh Masuk Pasar Raya | Seorang pengawal keselamatan cedera selepas sebuah kereta tersilap masuk gear undur memasuki pasar raya, dalam kejadian di Taman Dato Lela Manja, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa wanita cedera ringan dan dihantar ke Hospital Rembau, untuk rawatan.

Deputi Superintendan Hazri Mohamad, Ketua Polis Daerah Rembau, berkata hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Toyota Corrola Altis itu dikatakan baru sahaja selesai membeli-belah di premis berkenaan.

Beliau juga menyatakan bahawa ketika pemandu itu mahu memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah, lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan tersilap masuk gear undur lalu kereta dipandunya hilang kawalan dan bergerak masuk ke pasar raya itu.

Ketika dihubungi Hazri pada pagi ini, beliau juga berkata lagi bahawa kejadian berlaku berhampiran pintu masuk premis itu. Kereta berkenaan dikatakan terlanggar seorang wanita berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.

Terdahulu tular satu video di laman sosial memaparkan sebuah kereta putih dengan bahagian belakangnya berada di dalam sebuah pasar raya berdekatan pintu masuknya.

Beberapa lelaki dilihat tidak berpuas hati dengan kejadian itu dan memarahi pemandu kenderaan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

 

Kereta Hancur Dihempap Sofa Sesat

Kereta Hancur Dihempap Sofa Sesat | Metro UK melaporkan bahawa seorang lelaki di Australia tergamam apabila kenderaannya yang di parkir di bahu jalan berdekatan daerah Ultimo di Sydney ‘hancur’ dihempap sebuah sofa.

Difahamkan bahawa, lelaki yang bernama Herbert itu meletakkan kereta yang disewanya di bahu jalan tersebut kurang daripada 15 minit.

Namun setibanya Herbert ke lokasi keretanya, dia terkejut apabila mendapati sebuah sofa besar yang muncul entah dari mana telah menghempap cermin depan kenderaannya.

Kereta jenis Toyota Yaris berkenaan dilaporkan sebagai mengalami kerosakan yang agak teruk dalam kejadian pelik itu.

Polis dilaporkan masih menyiasat kejadian itu dan merumuskan bahawa sofa tersebut berkemungkinan dihumban dari atas balkoni berhampiran sewaktu parti sedang diadakan.

Herbert berkata kepada media bahawa kejadian itu sungguh pelik, jika Herbert berada dalam kereta tersebut sewaktu sofa itu menghempap, dia mungkin akan berada di hospital sekarang.

Herbert bertambah lagi dengan menyatakan bahawa dia tak tahu nak cakap apa pasal benda ini, namun dia berasa sangat bertuah.

Sofa itu dikatakan telah jatuh terhempas di pokok berhampiran di laluan sebelum menghempap kereta Herbert yang diletak di situ.

Gambar kejadian itu menunjukkan kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk dengan sofa berkenaan masih berada di atasnya. Daun juga kelihatan berguguran di atas bonet kereta tersebut.

Kereta Herbert dilaporkan telah ditinggalkan di Jalan Jones di Ultimo pada jam 7.30 malam Khamis lalu.

Garry Coffey, Ketua Inspektor wilayah berkata bahawa sofa itu dicampak dari tempat yang tinggi, ia berlaku ketika orang ramai mula pulang dari kerja.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply