Tindakan nekad seorang remaja lelaki di Indonesia untuk menghalang sebuah lori dipercayai semata-mata untuk kandungan (content) berakhir dengan tragedi ngeri apabila dia dilanggar ketika melintas jalan hingga maut, lapor Tribun Jateng.

[VIDEO] Lelaki Maut Dilanggar Lori Gara-gara 'Content'

Difahamkan, jenazah remaja lelaki itu kemudiannya diletakkan di jalan raya bahagian bawah (dipercayai tebing) berdekatan dengan tol Gunung Putri, Daerah Bogor pada Sabtu.

Video tersebut tular di media sosial dan salah satunya dikongsi menerusi akaun Instagram.

Ketua Polis Gunung Putri Bogor Tri Nugraha mengesahkan sehingga kini identiti mayat remaja itu masih belum diketahui.

“Betul, ini mangsa kemalangan yang belum diketahui identitinya.

“Budak lelaki itu dan rakannya menahan lori secara paksa dan akhirnya dilanggar. Identiti lori itu belum diketahui,” katanya pada Sabtu.

Dalam pada itu, kes tersebut dikendalikan oleh Unit Trafik Polis Bogor dan siasatan masih dijalankan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan ke atas kes yang berlaku,” kata Ketua Unit Bantuan Guaman Polis Bogor, Ipda Angga Nugraha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Seputar Bogor (@seputar.bogor)

Sumber: Siakap Keli

Berita Berkaitan..

Artis Dikecam, Bawa Anak  Lima Bulan Naik Jet Ski Demi ‘Content’ 

Tindakan Ria Ricis dan suaminya Teuku Ryan membawa anak mereka, Moana yang baru berusia lima bulan bermain jet ski menerima kecaman netizen.

Artis Dikecam, Bawa Anak  Lima Bulan Naik Jet Ski Demi 'Content' 

Rata-rata netizen menganggap tindakan tersebut terlalu bahaya lebih-lebih lagi bayi itu dilihat tidak memakai jaket keselamatan atau pelampung.

Ramai netizen meluahkan rasa kasihan kepada bayi itu yang didakwa dijadikan bahan media sosial pasangan selebriti terbabit.

“Kasihan anaknya dijadikan kandungan media sosial. Hati-hati bayi itu boleh terjatuh.

“Tidak patut dicontohi, sepatutnya ibu bapa memikirkan keselamatan anak mereka. Ibu bapa pakai pelampung tapi anaknya tidak,” ujar netizen lain.

Tidak lama selepas itu, Ria memohon maaf kerana cara dia membesarkan anaknya tidak sebagus orang lain.

“Maaf cara saya besarkan dia berbeza. Tapi insya-Allah Moana akan terus lincah di tangan saya,” katanya.

Sumber: Youtube, Kosmos

Share.

Leave A Reply