Wanita Dalam Beg Mayat Masih Bernyawa | Seorang wanita di Iowa, Amerika Syarikat (AS) didapati dalam keadaan masih bernyawa di dalam beg mayat yang dihantar ke rumah pengebumian, baru-baru ini.
Metro UK melaporkan, kakitangan di Pusat Penjagaan Khas Alzheimer Glen Oaks di Urbandale, Iowa, mengesahkan individu berusia 66 tahun itu meninggal dunia pada 3 Januari lalu.
Ia selepas seorang jururawat mendapati nadinya terhenti.
Kakitangan pusat berkenaan kemudian menghubungi keluarga wanita berkenaan untuk memaklumkan berita ‘sedih’ itu.
Jururawat kedua dan pengarah pengebumian juga gagal mengesan tanda wanita itu masih bernyawa.
Ia kerana mata dan mulut wanita itu terbuka, tetapi jasadnya kaku.
Menurut mereka, tiada bunyi pernafasan, mahupun degupan jantung dikesan menerusi stetoskop.
Tubuh wanita itu kemudiannya dimasukkan ke dalam beg mayat berzip hampir dua jam selepas jururawat pertama mendapati dia tidak bertindak balas dan dibawa ke rumah pengebumian.
Bagaimanapun, selepas kira-kira 45 minit ia tiba di rumah pengebumian berkenaan, petugas membuka beg mayat berkenaan sebelum terkejut apabila mendapati wanita itu tercungap-cungap.
Petugas kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum paramedik mendapati wanita itu sebenarnya masih hidup.
Dia dipindahkan ke pusat perubatan dan kemudian kembali ke pusat jagaan, tetapi meninggal dunia dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari.
Sementara itu, Jabatan Pemeriksaan dan Rayuan Iowa mengeluarkan kenyataan untuk Pusat Penjagaan Khas Glen Oaks Alzheimer, pada Khamis, berhubung kejadian itu.
Laporan jabatan mendapati bahawa pusat jagaan itu gagal memberikan arahan untuk memastikan penjagaan dan perkhidmatan yang sesuai diberikan.
Kakitangan yang bekerja syif 12 jam sebelum kejadian juga gagal memastikan penghuni pusat jagaan berkenaan menerima layanan dan penjagaan baik sebelum meninggal dunia
Berikutan itu, pusat jagaan terbabit perlu membayar denda AS$10,000 (kira-kira RM42,580) sebagai ganti rugi.
Difahamkan, polis tempatan enggan meneruskan dakwaan jenayah bagi kes berkenaan.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Lelaki Disangka M@ti ‘Hidup’ Semula
Lelaki Disangka M@ti ‘Hidup’ Semula | Seorang lelaki yang disangka sudah meninggal dunia, dikejarkan ke hospital selepas didapati masih bernafas ketika berada di dalam keranda.
Menurut laporan Kompas, lelaki dikenali sebagai Us yang menetap di daerah Bogor, Jawa Barat ketika ini sedang dirawat di Hospital Besar Wilayah (RSUD) Kota Bogor untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Ilham Chaidir, pengarah utama hospital telah memaklumkan bahawa Us hanya mengalami gangguan kesedaran.
Beliau juga menyatakan bahawa pesakit ini datang dalam keadaan tidak sedarkan diri, kemudian dirawat, tiada masalah dan boleh berpindah ke bilik.
Sementara itu, abang kepada Us, Saputra menjelaskan, kejadian terjadi pada hari Jumaat lalu apabila adiknya diisytihar meninggal dunia selepas melakukan aktiviti di Semarang.
Saputra menyatakan bahawa adiknya meninggal di Semarang ketika ada aktiviti di sana. Seseorang memberitahu dia jatuh sakit dan dibawa ke hospital di Jakarta dan di Hospital Jakarta dia dilaporkan meninggal dunia.
Sementara itu, keluarga Us terkejut dengan situasi kerana melihat tiada tanda memperlihatkan Us masih hidup ketika keranda tiba di kediaman.
Sumber: Astro Awani
Lelaki Disangka M@ti Disimpan Dlm Bilik Mayat Akhirnya M@ti Kesejukan
Lelaki Disangka M@ti Disimpan Dlm Bilik Mayat Akhirnya M@ti Kesejukan | Seorang lelaki Brazil yang telah disahkan mati oleh hospital didapati masih hidup dan bernafas ketika dibawa ke sebuah pusat pengebumian sebelum meninggal dunia dua hari kemudian akibat hipotermia, lapor portal berita MailOnline semalam.
Jose Ribeiro, dimasukkan ke hospital Februari lalu kerana menghidap kanser lidah. Dia diisytihar meninggal dunia oleh seorang doktor di sebuah hospital di Uruacu, dalam negeri Goias pada 29 November lalu.
Lelaki berusia 62 tahun itu kemudian diletakkan di dalam beg mayat dan disimpan di dalam peti sejuk di bilik mayat hospital selama lima jam sebelum dibawa ke rumah pengebumian.
Ketika berada di situ, seorang pekerja menyedari matanya dalam keadaan terbuka dan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.
Keadaan Jose semakin merosot dan dia meninggal dunia dua hari kemudian, kata saudara perempuannya, Aparecida Ribeiro.
Aparecida berkata sukar untuk mempercayai apa yang telah berlaku. Jose berada di dalam beg plastik mayat selama lima jam dan kesejukan. Ia amat teruk, sukar untuk menerima situasi ini.
Dr. Lucas Campos yang mengesahkan kematian lelaki itu di hospital turut digantung tugas dan disiasat atas dakwaan cubaan membunuh.
Beliau berkata punca kematian iaitu hipotermia telah meningkatkan tanggungjawab ke atas doktor tersebut jadi, mereka akan menukar klasifikasi siasatan daripada cubaan membunuh kepada pembunuhan hari kejadian itu (Jumaat lalu).
Peterson Amin, Timbalan Polis Awam Rialma, berkata bahawa ia adalah pembunuhan menyeluruh berikutan kemungkinan terdapat unsur niat jahat.
Sumber: Kosmo