Rumah Pelajar Terbakar Disebabkan Tiru “Hacklife” Tiktok | Tindakan seorang pelajar di London yang mahu mencuba trend TikTok membawa pada apabila ia menjadi punca rumahnya terbakar, lapor Daily Mail.
Pelajar universiti berkenaan dilapor cuba meniru trend membakar roti keju berpandukan tips popular di aplikasi perkongsian video tersebut.
Difahamkan pelajar berkenaan membiarkan roti yang dibakar menggunakan pembakar tanpa pengawasan hingga menyebabkan kebakaran berlaku.
Susulan daripada itu, empat buah jentera bomba dipanggil ke tempat kejadian di kampus Avery Hill Universiti Greenwich di tenggara London. Bomba yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.40 pagi waktu tempatan memerlukan masa selama 40 minit untuk mengawal kebakaran.
Menurut laporan Daily Mail, seramai 12 anggota bomba dari empat balai berbeza bertungkus-lumus memadamkan api dalam operasi tersebut.
Kebakaran tersebut telah menyebabkan sebahagian besar dapur rumah tersebut musnah dijilat api. Mujurlah, tiada sebarang korban nyawa dilaporkan.
Rakaman keadaan rumah selepas api berjaya dipadam menunjukkan dapur rumah terbakar dengan dinding hitam dan peralatan yang musnah.
Pasukan Bomba London (LFB) mengatakan sebahagian daripada tingkat bawah blok tiga tingkat telah rosak akibat kebakaran.
Pihak bomba menyaktakan bahawa kebakaran berlaku selepas seorang pelajar membakar roti bersama keju menggunakan pembakar roti. Roti kemudian dibakar tanpa pengawasan.
Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar menggunakan produk elektrik seperti pembakar roti mengikut saranan yang ditetapkan oleh pengeluar.
Jelas bomba lagi, pembakar roti juga perlu dibersihkan selalu dan ia tidak direka untuk digunakan membakar selain daripada roti.
Pihak bbomba juga berkata, bukan sahaja ia menjana haba ke permukaan, tetapi serpihan sisa kering dari bahagian bawah pembakar boleh menyebabkan api menyala.
Selain itu, pihak bomba menasihatkan untuk memastikan permukaan kerja dapur tidak sarat dengan barangan elektrik lain terutamanya berhampiran bahagian pembakar roti dan dapur masak.
Hal ini kerana ia secara tidak sengaja boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran.
Terdahulu, viral sebuah video ”hacklife” yang dimuat naik di laman TikTok dimana berkongsi tips bagaimana membuat roti bakar keju hanya dengan menggunakan pembakar roti.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Rumah Musnah Terbakar Ketika Sambut Raya Cina
Kegembiraan dua keluarga merayakan sambutan Tahun Baru Cina bertukar kesedihan selepas rumah berkembar dua tingkat yang didiami mereka di Jalan Yun Chai Lok musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan dibantu BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima makluman berhubung kebakaran pada jam 8.18 pagi
Menurutnya, sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan rumah yang pertama dan sudah merebak ke rumah yang kedua.
Katanya, selepas bertungkus-lumus memadam kebakaran, api berjaya dikawal dalam masa satu jam setengah iaitu pada jam 9.36 pagi yang kemudiannya diteruskan dengan proses penyejukan bagi mengelakkan berlakunya kebakaran berulang.
“Operasi memadam kebakaran ini agak sukar kerana salah sebuah rumah dipenuhi dengan lapisan beg plastik di bahagian garaj kediaman yang menyukarkan api dipadam pada bagaimanapun bawah,” ujarnya.
Selepas menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’, maka operasi memadam kebakaran ditamatkan pada jam 3.56 petang.
Turut musnah dalam kebakaran ialah kereta yang diletakkan pada tempat parkir kenderaan.
Namun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kesemua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sumber : Harian Metro