[VIDEO] Viral Budak Cina Nyanyi & Menari Untuk ‘Birthday’ Kawan Melayu | Sebuah video di TikTok yang memaparkan seoarang budak lelaki berbangsa Cina sedang ligat menyanyi dan menari sempena ulang tahun rakan perempuan Melayunya telah mencuit hati warganet.

Menerusi rakaman yang dimuat naik dilihat sekumpulan pelajar berbangsa Cina sedang bertepuk tangan menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam bahasa mandarin kepada seorang murid perempuan berbangsa melayu.

Paling menarik perhatian apabila salah seorang pelajar Cina dilihat dengan lincah berdiri sambil menyanyi dan berjoget untuk menghiburkan rakan perempuannya itu.

Gelagat kanak-kanak yang dipercayai dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tersebut telah dirakam oleh guru mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan video ini mengingatkan mereka dengan iklan Merdeka hasil tangan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang popular suatu ketika dahulu.

Tinjauan OhBulan! mendapati video itu setakat ini memperoleh 3.5 juta tontonan dan memperoleh sebanyak 380500 tanda suka di TikTok.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

VIRAL Pelajar Lelaki Hempas Kerusi, Tendang Pintu Tandas Di Sekolah. ADA VIDEO

Murid yang bertindak merosakkan harta benda sekolah di Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang pada hari akhir sesi persekolahan, semalam, akan dibabitkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihak sekolah memanggil murid yang terbabit bersama waris mereka, hari ini bagi membincangkan isu berkenaan.

JPN negeri itu berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian itu dan akan memastikan ia diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah.

“Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat sesi persekolahan, semalam.

Menerusi video itu, kumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas siling dan pintu tandas.

JPN Pulau Pinang berkata, nilai kerugian kerosakan harta benda berkenaan sedang dalam siasatan.

Katanya, JPN Pulau Pinang memandang serius sebarang salah laku, termasuk vandalisme dan gangsterisme membabitkan murid sekolah di negeri ini serta sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru dan murid diberi perhatian.

“Pihak pentadbir sekolah di semua peringkat sering diingatkan untuk mengambil langkah wajar bagi membendung dan mencegah perlakuan sedemikian.

“Kempen hentikan vandalisme dan pelan tindakan yang komprehensif akan dipergiat supaya selari dengan tujuh teras Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Pada masa sama, ia turut mengingatkan portal yang menyiarkan video berkenaan tanpa melindungi muka murid supaya memadamnya kerana ia bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : BH 

 

Viral Video Kanak-Kanak Panjat Keluar Tingkap Di Tingkat 16

Tular sebuah video seorang kanak-kanak yang dipercayai dibiarkan secara berbahaya di sebuah tingkap kondominium di Johor Bahru pada Khamis, 6 Oktober 2022.

Viral Video Kanak-Kanak Panjat Keluar Tingkap Di Tingkat 16

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Raub Bin Selamat berkata dalam satu kenyataan hari ini, kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium di Larkin melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun pada Rabu, 5 Oktober 2022.

“Kanak-kanak tersebut dikatakan bermain di luar tingkap tingkat 16 di kondominium itu tanpa pengetahuan bapa saudaranya dan ahli keluarga yang lain.

“Semasa kehadiran pihak polis di tempat kejadian, pihak kami mendapati kanak-kanak tersebut telah tiada di rumah dan dikatakan telah mengikuti bapanya pulang ke rumah mereka di Pasir Gudang,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak polis IPD Johor Bahru Selatan telah memberikan nasihat kepada ahli keluarga kanak-kanak itu bagi tujuan langkah-langkah keselamatan agar kejadian seperti itu tidak akan berulang.

“Pihak polis menasihatkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga supaya memantau tingkah laku atau aktiviti anak-anak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” jelasnya lagi.

Disamping itu, orang rami juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply