Sayu hati seorang ibu apabila melihat anaknya melecur di bahagian muka akibat terkena air panas sehingga dikejarkan ke Hospital Temerloh, Pahang.
Menerusi hantaran video yang dikongsi Rina Nana, memaparkan anaknya yang berusia dua tahun telah terkena air panas rendaman ramen di dalam ‘cup’ (cawan).
Menurutnya, pada malam kejadian, dia teringin menjamah ramen di dalam cawan yang dibeli.
“Rina baru balik dari dobi Selasa malam, lepas itu sampai di rumah Rina nampak ramen dalam cawan. Tak tahu kenapa hati rasa nak sangat makan ramen, Rina capai ramen pergi dapur dan panaskan air,” katanya.
“Lepas panaskan air dan nak tunggu menggelegak, Rina duduk dengan anak depan televisyen. Tak sampai beberapa saat, Rina ke dapur untuk buang sampah, bila Rina pusing, tengok Anaqi sudah capai ramen yang ada air panas,” katanya.
Jelas Rina, dia yang terkejut dengan keadaan itu, tidak sempat untuk menyambut ramen berkenaan seterusnya terkena pada muka dan dada anaknya, Rizqi Anaqi.
Wanita itu kemudian membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Maran sebelum dirujuk ke Hosiptal Temerloh.
“Keadaannya lecur 70 peratus. Rizqi juga terpaksa menjalani pembedahan bagi mencuci luka,” ujarnya.
Tambahnya, kejadian tersebut merupakan satu pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati untuk masa akan datang.
@mekna345 uncle untie doa kan rizqi cepat sembuh , semoga doa kalian dimakbul kan ,amin amin , terkena air panas #fyppppppppppppppppppppppp
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Kanak-Kanak 4 Tahun Melecur Hampir Separuh Badan Semasa Main Bunga Api
Kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan dipercayai akibat disambar api sewaktu bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini, malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku 10.30 malam, Selasa lalu, menyebabkan mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi, 4, melecur hampir 46 peratus pada sebahagian badannya.
Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya menerima laporan itu daripada pihak hospital, 2.45 pagi semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai sewaktu mangsa serta dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun bermain bunga api di depan rumah mereka.

“Namun, secara tiba-tiba suami isteri itu terdengar jeritan anak mereka dan berlari keluar, sebelum mendapati dua anak lelaki mereka sedang cuba memadam api yang membakar tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Arriz Sham berkata, bapa mangsa yang bekerja kampung itu kemudian mengambil sebaldi air lalu menjirus pada bahagian badan anaknya itu, sebelum membawa mangsa ke Hospital Pendang.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berikutan bapa mangsa mendakwa anak perempuannya itu disyaki terbakar selepas disambar api akibat daripada pelita minyak tanah ketika ingin menyalakan bunga api.
“Namun kejadian sebenar hanya akan diketahui selepas kita mengambil rakaman keterangan dua abang mangsa kerana buat masa ini mereka masih trauma.
“Pihak hospital setakat ini masih belum memaklumkan laporan keputusan punca kecederaan sebenar mangsa sama ada disebabkan oleh minyak pelita atau mercun,” katanya.
Arriz Sham berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu ibu bapa atau penjaga mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.
Sumber : KMN