(VIDEO) Tak Puas Hati Motosikal Dialihkan Tuan Kedai, Lelaki Siap Doakan Kedai Bankrap | HANYA kerana mengalihkan kenderaan yang menghalang perniagaan sebuah kedai di Muar, Johor, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi sanggup mendoakan peniaga tersebut bankrap.
Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik oleh pengguna Facebook Zahedy Zakaria yang mendakwa sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi atau big bike datang ke Muar r untuk makan sate di sebuah kedai dan meletakkan kenderaan di kaki lima premis tersebut.
Ugut mahu tumbuk
Katanya, selepas motosikal tersebut dialih, seorang penunggang motosikal daripada kumpulan berkenaan marah dan dipercayai ingin menumbuk peniaga tersebut kerana tidak puas hati dengan tindakan individu terbabit.
“Bila minta alihkan motor (dia) nak berang dan nak tumbuk orang pula, tak puas hati, cari pasal, tak takut dengan polis minta (dan) panggil polis datang.
“Nak tularkan kedai siap ambil video kedai, nombor plat kereta, inilah sikap segelintir penunggang motor berkuasa tinggi,” katanya dalam hantaran berkenaan pada Ahad.
Video kejadian tersebut turut memaparkan lelaki berkenaan ketawa mengekek selepas mendoakan pemilik kedai itu bankrap dalam bisnesnya.
Difahamkan, pihak polis datang ke kawasan tersebut selepas menerima aduan berkenaan insiden terbabit dan meminta pemilik motosikal berkenaan mengalihkan kenderaan masing-masing.
Dah disaman tapi tetap provokasi
Menerusi rakaman berbeza, walaupun penunggang motosikal berkenaan didakwa telah disaman oleh pihak polis, namun dia masih cuba melakukan provokasi terhadap peniaga tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berang dengan kelakuan sekumpulan penunggang motosikal tersebut yang tidak menghormati peraturan di tempat orang lain.
“Datang tempat orang biar beradab, ini kalau jumpa orang Johor (yang) baran ‘mencecet’ kau lari,” kata Danish.
“Saman itu dia bayar celah gigi dia saja. Tapi maruah dan ego tidak boleh ditebus dengan wang ringgit,” kata Fsandy Sandy Halim.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Dua Sami Bertumbuk Berebut Kerusi Majlis Pengebumian | Sebuah majlis pengebumian di wilayah Surin, Thailand terganggu akibat pergaduhan melibatkan dua sami Buddha yang bertumbuk kerana berebut kerusi, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu di Wat Pho Sri Sawang Arom, beberapa sami dan ahli keluarga si mati sedang melakukan ritual keagamaan.
“Saya sedang duduk di kerusi barisan hadapan. Saya tidak pasti apakah punca pergaduhan itu.
“Saudara si mati terpaksa campur tangan dan menghentikan pergelutan mereka. Selepas insiden tersebut, sami yang memulakan pergaduhan diarah membubarkan dirinya sebagai sami di sebuah tokong di bandar,” kata pemangku ketua wat tersebut, Phra Toi Kan.
Sementara itu, salah seorang sami yang terlibat dalam pergaduhan itu, Phra Ongart berkata, kerusi untuk sami disediakan dalam dua baris oleh keluarga si mati.
Seorang sami lain mengarahkan Phra untuk duduk di kerusi barisan hadapan memandangkan tiga kerusi lain di bahagian belakang telah diduduki sami lain.
Ketika mahu duduk, seorang sami yang dalam keadaan marah bertanyakan kepadanya: “Sudah berapa lama anda ditauliahkan (menjadi sami)?”
Dia kemudian menyerang Phra dan memandangkan saiz badannya yang lebih besar, Phra tidak dapat melawannya serta ditumbuk berkali-kali oleh sami tersebut.
Dia juga hampir menghempas sebuah kerusi ke atas Phra, namun sempat dihalang oleh keluarga si mati.
“Saya sedang duduk di kerusi barisan hadapan. Saya tidak pasti apakah punca pergaduhan itu.
“Saudara si mati terpaksa campur tangan dan menghentikan pergelutan mereka. Selepas insiden tersebut, sami yang memulakan pergaduhan diarah membubarkan dirinya sebagai sami di sebuah tokong di bandar,” kata pemangku ketua wat tersebut, Phra Toi Kan.
Sementara itu, salah seorang sami yang terlibat dalam pergaduhan itu, Phra Ongart berkata, kerusi untuk sami disediakan dalam dua baris oleh keluarga si mati.
Sami tersebut dilaporkan telah dihukum dengan dilucutkan pentauliahannya sebagai sami serta perlu kembali menjadi orang awam.
Sumber : KMN